Penyanyi Datin Alyah ada memberikan kejutan bersempena dengan ulang tahun kelahiran suaminya, Datuk Ramli MS.
Diraikan dalam sesi sederhana, penyanyi lagu Cintaiku itu dilihat membawa sebiji kek sambil menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi oleh rakan terdekat.
Momen tersebut dikongsikan Alyah di dalam rakaman sepotong video pendek beserta kapsyen lucu di Instagram.
“Bagi laaaa lilin tu lama skit…si aqil plak merajuk dlm diam dah haaa. Berembut pulak nak tiup lilin dgn aqil haaa.
“Mcm mcm hal uncle dgn aqil ni haaa. Selamat ulang tahun @tokram_ramlims,” tulisnya.
Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat serta rakan selebriti turut memberikan dedikasi sama buat juri tetap program Gegar Vaganza itu.
Tidak kurang yang turut mendoakan agar bahtera perkahwinan mereka terus kekal hingga ke jannah.
Pada masa sama, Datuk Ramli yang sinonim disapa Tok Ram turut berkongsi video kandid sama di posting terkininya di Instagram.
Untuk pengetahuan, Aqil ialah anak saudara kepada pasangan berkenaan dan sering isi masa bersama mereka sejak kecil lagi.
Untuk rekod, Datuk Ramli dan Datin Alyah mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI