Perubahan fizikal pelakon, Farhan Asri menimbulkan kerisauan di hati para peminat setianya dan dia tampil menjawab mengenai perkara itu selepas ditanya menerusi Ask Me Question.
Menurut Farhan, dia kini sedang mengawal pemakanannya terutamanya dalam pengambilan makanan bergula, makanan segera dan berminyak.
Jelasnya lagi, dia juga sudah hampir lapan bulan berhenti daripada aktiviti merokok dan ‘vaping’.
“Soalan paling panas untuk tahun ni. Dah lapan bulan tak ambil gula dan banyak sangat pantang makan. Dah lapan bulan juga tak makan benda yang betepung dalam makanan.
“Dah lapan bulan tak makan berminyak dan fast food. Air suam je tiap-tiap hari dan berhenti minum air sejuk. Dah lapan bulan juga tak merokok dan vape,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim ini turut mendedahkan dia sebenarnya tidak menghilang daripada industri seni sebaliknya memutuskan untuk berehat buat seketika.
“Paan alhamdulillah sihat. Cuma berehat sekejap daripada aktiviti pengambaran, akan buat kemunculan kembali dalam masa terdekat. Doakan Paan,” ujarnya lagi.
Dikesempatan itu juva, bintang berusia 24 tahun ini turut berharap agar para peminat dapat mendoakan mengenai kesejahteraan dirinya.
Sekadar informasi, Farhan merupakan bintang kelahiran program realiti pencarian bakat, Hero Remaja 2017 sezaman dengan pelakon seperti Ikmal Amry, Harris Annuar dan Alif Muhaimin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Farhan Asri