Pelakon senior, Azhar Sulaiman hairan dengan sikap segelintir pihak yang suka membuka pekung dan bercerita mengenai aib keluarga sendiri di media sosial.
Menurut Azhar, masalah sesama keluarga sepatutnya diselesaikan secara dalaman dan tidak seharusnya diperbesar sehingga pengetahuan orang luar.
“Bila tengok sesebuah keluarga berperang sesama sendiri di media social, terlintas di kepala saya, diorang ni semua dapat payment ke daripada siapa-siapa untuk beri ‘drama’ kepada netizen?,” tulisnya.
Pandangan itu disuarakan oleh pelakon drama Projek: High Council itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, Azhar turut berharap agar isteri dan anak-anaknya dapat bersikap lebih matang untuk menguruskan apa sahaja permasalahan di dalam keluarga.
Ads
“Semoga Allah akan sentiasa menjaga kewarasan saya, isteri dan anak anak.
Dengan cara ini, kita hanya menyakiti sesama sendiri
“Nanti nak kena tunggu berapa kali Hari Raya baru nak berjumpa nangis-nangis dan bermaafan?
“Kenapa tak pilih cara selamat. Jangan bergaduh di media sosial sebab ianya bodoh sangat,” kongsinya lagi.
Pada masa masa, Azhar turut berharap agar hantarannya itu dapat memberikan kesedaran buat keluarga yang sedang mengalami masalah.
Ads
“Saya berharap agar posting saya ini akan buat mereka tersentak dan kembali tenang serta berfikir secara baik semula. Ini bakar kelambu ni,” ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut mendoakan semoga keluarga yang berdepan masalah ditunjukkan jalan penyelesaian.
“Betul. Nampak sangat bodoh. Air dicincang tidak akan putus.
“Memang setuju dengan Abang Azhar. Takut tak sempat tunggu raya untuk bermaafan.
Ads
“Betul sangat. Air yang dicincang tidak akan putus. Adik beradik dan ibu bapa kita yang lebih penting berbanding orang lain. Bukan orang luar.
“Well said, Abang Azhar,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Azhar dan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1995.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin serta Kasih Iris Leona.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Azhar Sulaiman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penerbit Darkwave Pictures, Datuk Rafiena Ezanne berlepas ke tanah suci hari ini bagi menunaikan umrah buat kali pertama. Turut mengiringinya ke sana ialah ahli keluarganya yang lain.
Pada kesempatan itu, Rafiena turut menitipkan sesuatu menerusi Instagram.
“Alhamdulillah syukur pada Allah, tahun yang sama #2018 hantar Mama tunaikan umrah. Kemudian tunaikan haji dan kali ini, kita sekeluarga mama, abah, adik, kids tunaikan umrah bersama-sama.
“Terima kasih Allah kerana permudahkan urusan kami,” tulisnnya beberapa jam lalu.
Pada masa sama, Rafiena turut berkongsi beberapa keping foto.
MH sebelum ini pernah menyiarkan artikel mengenai impiannya untuk menunaikan umrah di tanah suci.
Malah hatinya sudah terdetik untuk menjejakkan kaki ke tanah suci selepas mengalami beberapa mimpi.
Foto: Instagram Rafiena
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Fasha Sandha kini semakin rajin berkongsi momen memasak di dapur setelah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aidil Aziz.
Menerusi posting terkini Fasha misalnya, pelakon ini ada berkongsi cerita bersama peminat di akaun Instagram miliknya.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan memaklumkan bahawa suaminya mahu belanja dirinya untuk membuat rawatan kuku.
Kongsi lagi Fasha, kuku di jarinya kini telah bertukar warna kekuningan gara-gara terkena kunyit ketika memasak.
“Hampa masak apa hari ni. Kami masak Fav #iburayfalraysha
“Alhamdulillah awai masak hari ni, sat lagi Encik suami nak belanja buat kuku sbb kuku semua dah kuning sebab kunyit. #taksempurnabyfashasandha,” tulisnya.
Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September, Astro dan Wonda bergabung untuk meraikan WIRA WONDA KITA!
Sepanjang hari ini, buat pertama kalinya, rakyat Malaysia akan menyaksikan Wonda mengambil alih saluran Astro Ria dan keseluruhan 13 rangkaian stesen radio menjadi Astro Wonda Ria dan Wonda FM.
Saluran Astro Wonda Ria dan Wonda FM ini akan memaparkan kandungan bertemakan kisah-kisah wira di kalangan yang ikhlas dan sentiasa membantu orang lain disaat diperlukan.
Siapakah Wira Sejati Anda?
Sudah tentu definisi wira bagi setiap orang adalah berbeza. Malah, sejak kecil kita sering menganggap sosok seorang ‘hero’ ini sangat dekat dan berkait rapat dengan watak-watak adiwira yang dipaparkan di televisyen.
Hakikatnya, individu yang dianggap Wira Wonda ini merupakan orang biasa yang ada di kalangan masyarakat kita sendiri.
Sebagai contoh Wira Wonda kita ialah kisah inspirasi Uncle Mike (Micheal Tong Wai Siong) yang ikhlas menjaga dan membesarkan 3 adik beradik anak yatim yang berlainan bangsa darinya, Dr Haniif Ahmad Mazian yang berani membantu & mempertaruhkan nyawa dalam menjalankan kerja sukarelawan di bumi Palestin, dan Puan Matron Fadzilah Abdul Hamid yang banyak memberi perlindungan kepada pesakit-pesakit HIV di Rumah Solehah miliknya.
Ini termasuklah sekecil kecil bantuan seperti menyelamatkan kucing di tengah jalan, memberi imbuhan tambahan untuk penghantar makanan, tunda motorsikal kehabisan minyak, ini semua adalah tindakan wira sejati yang membuatkan kita merasa bangga menjadi rakyat Malaysia.
Calonkan Wira Wonda Anda
Berikut adalah kisah wira yang telah kami kongsikan, kini giliran anda untuk mencalonkan wira sejati yang telah membantu anda atau orang lain.
Dengan diberikan gelaran sebagai WIRA WONDA KITA, mereka yang dicalonkan ini boleh diibaratkan sebagai hero yang sentiasa ada di saat kita memerlukannya.
Inilah masanya untuk kongsikan kisah-kisah wira penuh inspirasi yang harus diberikan penghormatan yang selayaknya. CALONKAN MEREKA di www.wirawondakita.com dan lima kisah wira terpilih akan berpeluang membawa pulang RM10,000 dan akan diraikan di rancangan MELETOP pada 1 Oktober di Astro Ria (saluran 104).
Hasil gabungan inisiatif ini diwujudkan bagi memberi penghargaan khas untuk wira-wira yang sentiasa sedia membantu masyarakat tanpa mengira waktu dan batasan sekaligus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia agar sentiasa membantu antara satu sama lain.
Diinspirasikan oleh Wonda Kopi Kluang Baharu. Cita Rasa Kita, Wira Kita.
*Tertakluk terma dan syarat
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!