Bergaduh Di Media Sosial Satu Tindakan Bodoh, Azhar Sulaiman Harap Keluarganya Tak Ikut Sama

Share

Pelakon senior, Azhar Sulaiman hairan dengan sikap segelintir pihak yang suka membuka pekung dan bercerita mengenai aib keluarga sendiri di media sosial.

Menurut Azhar, masalah sesama keluarga sepatutnya diselesaikan secara dalaman dan tidak seharusnya diperbesar sehingga pengetahuan orang luar.

“Bila tengok sesebuah keluarga berperang sesama sendiri di media social, terlintas di kepala saya, diorang ni semua dapat payment ke daripada siapa-siapa untuk beri ‘drama’ kepada netizen?,” tulisnya.

Pandangan itu disuarakan oleh pelakon drama Projek: High Council itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Pada masa sama, Azhar turut berharap agar isteri dan anak-anaknya dapat bersikap lebih matang untuk menguruskan apa sahaja permasalahan di dalam keluarga.

“Semoga Allah akan sentiasa menjaga kewarasan saya, isteri dan anak anak.
Dengan cara ini, kita hanya menyakiti sesama sendiri

“Nanti nak kena tunggu berapa kali Hari Raya baru nak berjumpa nangis-nangis dan bermaafan?

“Kenapa tak pilih cara selamat. Jangan bergaduh di media sosial sebab ianya bodoh sangat,” kongsinya lagi.

Pada masa masa, Azhar turut berharap agar hantarannya itu dapat memberikan kesedaran buat keluarga yang sedang mengalami masalah.

“Saya berharap agar posting saya ini akan buat mereka tersentak dan kembali tenang serta berfikir secara baik semula. Ini bakar kelambu ni,” ujarnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut mendoakan semoga keluarga yang berdepan masalah ditunjukkan jalan penyelesaian.

“Betul. Nampak sangat bodoh. Air dicincang tidak akan putus.

“Memang setuju dengan Abang Azhar. Takut tak sempat tunggu raya untuk bermaafan.

“Betul sangat. Air yang dicincang tidak akan putus. Adik beradik dan ibu bapa kita yang lebih penting berbanding orang lain. Bukan orang luar.

“Well said, Abang Azhar,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sekadar informasi, Azhar dan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1995.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin serta Kasih Iris Leona.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Azhar Sulaiman

Published by
Aizam Manaf