Pelakon Intan Najuwa bertuah kerana dapat berlakon sama dengan aktor, Redza Rosli menerusi drama bersiri terbaru, Tak Sempurna Mencintaimu yang kini rancak bersiaran menerusi slot Akasia TV3.
Mendukung watak sebagai Siratul, Intan berkata penggambaran drama berkenaan menjadi lebih mudah kerana timbulnya keserasian di antara mereka berdua selain kerap berbincang bagi menghidupkan babak bersama.
“Sejujurnya saya sangat suka bekerjasama dengan Redza kerana dia seorang pelakon yang sangat ‘memberi’. Malah setiap babak bersama kami akan berbincang terlebih dulu dan ia memudahkan.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya pun boleh ‘get along’ dan chemistry kita berdua sangat kuat di dalam drama ini. Tak dapat dinafikanlah, memang sangat senang bekerja dengannya.
“Mustaqim lakonan Redza memberi energi kepada karektor Siratul (Intan) dan ia sekali gus membuatkan ia seimbang dengan baik,” jelasnya kepada MH.
Intan pada masa sama turut optimis memberikan yang terbaik selain tidak sabar menantikan reaksi penonton terhadap drama 28 episod itu.
“Saya berharap agar drama ini dapat diterima dengan baik, sama-sama naikkan ratingnya nanti. Ini kali pertama saya bergandingan dengan Redza di samping beberapa pelakon senior lainnya,” katanya lagi.
Foto: Instagram Intan Najuwa