Anggota kumpulan Kpop BTS, Jungkook, 26, secara rasmi telah dilantik sebagai duta global bagi jenama pakaian popular dunia, Calvin Klein.
Pengumuman itu dikongsikan jenama tersebut menerusi platform media sosial mereka baru-baru ini.
Menerusi video kempen terbaharu menampilkan Jungkook sebagai wajah baharu mewakili jenama tersebut, penyanyi itu turut menayang bahagian perut six-pack sehingga membuatkan peminatnya dari seluruh dunia teruja.
Malah, pemilihan Jungkook juga dilihat memberikan hasil pulangan lumayan buat jenama dari Amerika Syarikat itu apabila kebanyakan produk terbaharu mereka yang digayakan penyanyi itu telah habis terjual di seluruh dunia dalam tempoh masa yang singkat.
Pengaruh Jungkook juga telah menyebabkan stok saham Calvin Klein terus melonjak naik secara mendadak sebanyak 20 peratus pada hari yang sama dengan pengumuman tersebut.
BTS kini berada dalam tempoh berehat selama dua tahun berikutan terikat dengan latihan ketenteraan yang wajib dijalani semua warganegara lelaki di Korea Selatan.
Buat masa ini, ahli kumpulan paling tua iaitu Jin, 31, sedang mengikuti latihan tersebut dan bakal disusuli dengan J-Hope, 29, dalam tempoh terdekat ini.
Selain Jungkook, Jin dan J-Hope, BTS yang ditubuhkan pada tahun 2013 itu turut dianggotai RM, Suga, Jimin dan V.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.