Uncategorized

Bergelar Graduan Universiti, Kuna Titip Doa Buat Anak Sulung – “Sekejap Je Masa Berlalu.”

Share

Pelakon, Tengku Sarina Tengku Muzani atau lebih dikenali sebagai Kuna meluahkan rasa syukur apabila anak lelakinya, Nik Muhammad Hakimi Rizalman kini graduan setelah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan dengan Kepujian dalam jurusan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

Kuna menyatakan rasa syukurnya itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun media sosial Instagram.

Pada masa sama, adik kepada pelakon Kuza ini turut berkongsi momen ketika anaknya sedang menerima skrol Ijazah tersebut, pada majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) yang ke-36, hari ini.

“Tahniah abang @nickhakimi berjaya Dunia Dan akhirat, skejap jer masa berlalu.

“Umi doakn abang Kimi tabah dalam meneruskn kehidupan di masa akan datang terus ingat Allah s.w.t aamiin Luv u abang @nickhakimi,” tulisnya.

Sekadar informasi, selain Nik Hakimi, pelakon berusia 51 tahun ini juga turut memiliki lagi dua orang anak bernama Nik Haikhal dan Elysha.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Kuna