Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter ada memuat naik foto pelakon dan pengacara, Mira Filzah sewaktu menghadiri majlis sebuah produk kosmetik di Shanghai, China tahun lalu.

Foto tersebut memaparkan pelakon cantik itu mengenakan sepersalinan gaun hitam bersempena dengan tema ‘Professional Glam Squad’ pada majlis berkenaan.

Lalu, seorang lagi pengguna Twitter bertanyakan apakah kebarangkalian untuk melihat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenakan gaun persis pengacara tersebut.

Ads

“Memang takde harapan la nak tengok @CTNurhaliza11 macam ni kan kz @RoziSangdewi,” tulisnya.

Memberi komen terhadap persoalan tersebut, ini reaksi selamba penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu;

Ads

“Masa mudoo dulu hakak pakai dah, sekarang yang kembang hakak je,” jawab penyanyi yang mesra disapa Tok Ti itu.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan reaksi balas Tok Ti yang lucu dan bersahaja itu.

Ads

Berhajat Nak Siti Pakai Gaun Kembang Macam Mira Filzah? Lihat Apa Respon Selamba Tuan Badan Berhajat Nak Siti Pakai Gaun Kembang Macam Mira Filzah? Lihat Apa Respon Selamba Tuan Badan

Terdahulu, penyanyi tersohor ini baru sahaja melancarkan album terbarunya yang berjudul MenifestaSITI2020 yang memuatkan 11 buah lagu.

Ia memuatkan enam buah lagu baru dan selebihnya ialah single yang pernah dirakam sebelum ini seperti Anta Permana, 7 Nasihat dan Basyirah.

Sumber: Datuk Seri Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI