Pempengaruh Marissa Dania Hakim tampil bersuara menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengundang fitnah.
Anak kepada pasangan selebriti, pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim berusia 19 tahun itu berkata, orang ramai seharusnya menjaga setiap pertuturan dan mengelak sebarang pemikiran negatif.
“Berhenti sebarkan khabar angin dengan pelbagai spekulasi yang akan membawa kepada fitnah.
“Berhati-hati dengan apa yang anda tuturkan dan berfikir,” katanya.
Perkara tersebut dikongsikan Marissa menerusi hantaran di Insta Stories, hari ini.
Ads
Marissa turut mengingatkan supaya orang ramai seharusnya bersyukur bahawa segala aib mereka masih tersimpan rapi.
Ads
“Bersyukurlah aib kita masih dijaga Allah SWT,” ujarnya ringkas.
Meskipun tidak menyebut sebarang nama atau isu yang diperkatakan, luahan Marissa dipercayai ditujukan kepada khabar angin yang bertebaran mengenai diri dan keluarganya.
Ads
Minggu lalu, suaminya iaitu Ahmad Aslam mengesahkan bayi sulungnya hasil perkahwinan dengan Marissa meninggal dunia selepas dilahirkan pada usia kandungan enam bulan.
Bahkan dalam kenyataan itu, Aslam berkata hanya orang tertentu sahaja tahu mengenai perkara berkenaan termasuk bapa mentuanya.
Rentetan daripada berita duka itu, terdapat netizen yang melemparkan kecaman selain menganggap perkara tersebut sebagai kifarah kepada tindakannya berkahwin di Thailand tanpa pengetahuan keluarga. –
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Genap 30 hari pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, satu rakaman video masakan telah dimuat naik di akaun Instagram milik arwah baru-baru ini.
Ia sebagai dedikasi kenangan buat peminat tersayang.
Video berdurasi lebih tiga minit itu merakamkan cara-cara arwah menyediakan hidangan Ikan Kerapu Masak Cili dengan caranya tersendiri.
“Genap 30 hari pemergiaan arwah. Antara kenangan-kenangan yang masih tersimpan kami kongsikan dengan semua yang merindui beliau. Alfatihah (dibaca),” tertera sebagai kapsyen.
Perkongsian yang mendapat lebih 900,000 tontonan itu turut menerima ribuan komen dari wargamaya.
Semoga Allahyarham beroleh ganjaran pahala kerana berkongsi ilmu masakan kepada ramai yang mahu mencuba resipi yang disediakan, InsyaAllah.
Allahyarham Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!