Da’i Luqman menggesa orang ramai agar tidak perlu menunding jari pada golongan tabligh semata-mata terhadap krisis yang melanda kini.

Kongsinya menerusi Instagram, masyarakat khususnya umat Islam perlu bekerjasama dan bermuhasabah diri apabila berlakunya situasi penularan Covid-19.

Berhentilah menghina dan memerli golongan Tabligh. Amat menyedihkan apabila penghinaan itu hadir dari mulut serta penulisan dari bangsa Melayu yang beragama Islam.

“Tidakkah kalian lupa, “Setiap Muslim itu adalah bersaudara?” Di saat ini kita semua sedang diuji dgn bala Covid-19 oleh Allah SWT utk kita sama-sama berfikir n bermuhasabah diri sendiri, bukan meletakkan kesalahan kepada satu pihak semata-mata.

“Sedangkan mereka sendiri (golongan Tabligh) x pernah meminta untuk dijangkiti penyakit ini sebagaimana kita.

“Chaq amat menghormati golongan Tabligh. Sebab mereka mampu buat dakwah lebih hebat dari diri chaq n kebanyakan pendakwah lain.

IKLAN

“Sedang pendakwah lain senang duduk di atas kerusi yang empuk menanti bayaran dari pihak penganjur, mereka (golongan Tabligh) ini berjalan kaki, dari rumah ke rumah menyampaikan dakwah serta ilmu dgn ikhlas tanpa mengharap sebarang bayaran

“Jadi puncanya di mana? Adakah disebabkan Wuhan? Adakah disebabkan jemaah Tabligh? Adakah disebabkan mereka yang memakan benda² yang tak sepatutnya?

“Baginda SAW pernah bersabda kepada sahabat² Baginda di dalam sepotong hadith riwayat Abdullah ibnu Umar, “Sekiranya kalian diuji dengan 5 perkara, aku memohon Allah melindungi kalian : (salah satunya) Tidaklah Allah menimpakan kalian dengan Waba’ penyakit yang tak pernah dihadapi oleh mana² kaum sebelum kamu, melainkan ia disebabkan oleh kemaksiatan yang dilakukan suatu kaum lalu dipertontonkan tanpa malu dan ragu” (HR Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah : No. 4009),” kongsinya panjang lebar.

Malah, Luqman menyeru agar orang ramai perlu muhasabah diri ketika berlakunya situasi sedemikian (penularan wabak covid-19).

IKLAN

Tidakkah kita sedar berapa ramai manusia pada hari ini (termasuk kita) yg sudah x malu mempertontonkan dosa yg dilakukannya.

“Yg menari tik-tok dipost secara umum tanpa rasa segan? Yg memakai tudung menampakkan aset-aset yang sepatutnya dilindungkan?

Tidak dikira dengan kes pondan dan pengkid yg x pernah sedar akan kesilapan?

IKLAN

“Ya, kitalah puncanya. Allah bukan hanya sedang menghukum mereka yang ingkar, bahkan Allah sedang menguji kita yang melihat dan mendengar

Muhasabahlah diri, perbaiki jati, tetapkan iman di hati. Teruskan istighfar, teruskan taubat. InsyaAllah, rahmat dan pengampunan Allah pasti akan mengusir segala wabak yang sedang kita hadapi. Wallahua’lam,” akhirinya.

View this post on Instagram

Berhentilah menghina dan memerli golongan Tabligh. Amat menyedihkan apabila penghinaan itu hadir dari mulut serta penulisan dari bangsa Melayu yang beragama Islam. Tidakkah kalian lupa, "Setiap Muslim itu adalah bersaudara?" Di saat ini kita semua sedang diuji dgn bala Covid-19 oleh Allah SWT utk kita sama-sama berfikir n bermuhasabah diri sendiri, bukan meletakkan kesalahan kepada satu pihak semata-mata. Sedangkan mereka sendiri (golongan Tabligh) x pernah meminta untuk dijangkiti penyakit ini sebagaimana kita __ Chaq amat menghormati golongan Tabligh. Sebab mereka mampu buat dakwah lebih hebat dari diri chaq n kebanyakan pendakwah lain. Sedang pendakwah lain senang duduk di atas kerusi yang empuk menanti bayaran dari pihak penganjur, mereka (golongan Tabligh) ini berjalan kaki, dari rumah ke rumah menyampaikan dakwah serta ilmu dgn ikhlas tanpa mengharap sebarang bayaran __ Jadi puncanya di mana? Adakah disebabkan Wuhan? Adakah disebabkan jemaah Tabligh? Adakah disebabkan mereka yang memakan benda² yang tak sepatutnya? __ Baginda SAW pernah bersabda kepada sahabat² Baginda di dalam sepotong hadith riwayat Abdullah ibnu Umar, "Sekiranya kalian diuji dengan 5 perkara, aku memohon Allah melindungi kalian : (salah satunya) Tidaklah Allah menimpakan kalian dengan Waba' penyakit yang tak pernah dihadapi oleh mana² kaum sebelum kamu, melainkan ia disebabkan oleh kemaksiatan yang dilakukan suatu kaum lalu dipertontonkan tanpa malu dan ragu" (HR Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah : No. 4009) __ Tidakkah kita sedar berapa ramai manusia pada hari ini (termasuk kita) yg sudah x malu mempertontonkan dosa yg dilakukannya. Yg menari tik-tok dipost secara umum tanpa rasa segan? Yg memakai tudung menampakkan aset-aset yang sepatutnya dilindungkan? Tidak dikira dengan kes pondan dan pengkid yg x pernah sedar akan kesilapan? . Ya, kitalah puncanya. Allah bukan hanya sedang menghukum mereka yang ingkar, bahkan Allah sedang menguji kita yang melihat dan mendengar __ Muhasabahlah diri, perbaiki jati, tetapkan iman di hati. Teruskan istighfar, teruskan taubat. InsyaAllah, rahmat dan pengampunan Allah pasti akan mengusir segala wabak yang sedang kita hadapi. Wallahua'lam __ #donedakwah

A post shared by Da'i Luqman ™ (@dailuqman) on

Sehingga kini, laporan terbaru menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak lapan kes.

Foto: Instagram Da’i Luqman.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI