Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar memberi pandangan dan pendapat mengenai pemakaian hijab bersama peminat menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Menurut Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, ibu beranak satu ini menjelaskan pemakaian hijab bukan hanya sekadar untuk menunjukkan seorang wanita Muslimah.
Sebaliknya, ia juga merupakan salah satu simbol ketaatan kepada Maha Pencipta.
“Berhijab bukan hanya sebuah identity untuk menunjukkan kita seorang wanita muslimah.
Ads
“Berhijab sebenarnya bagi pemahaman lufya adalah suatu bentuk ketaaan kepada Allah sbt selain solat, puasa dan ibadah lainnya,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Bukan itu sahaja, peminat juga memberikan pendapat setuju dengan kata-kata yang disampaikan oleh pelakon berusia 35 tahun itu.
Ads
Imbas kembali, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim keenam pernah mendirikan rumah tangga bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laana Haura yang kini berusia 2 tahun.
Foto: Instagram Lufya Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menanggung kerugian lebih RM50,000, rumah keluarga dan kafe kepunyaan penyanyi, Wani Syaz merupakan antara yang teruk terjejas akibat musibah bajir di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.
Jelas Wani, ketika kejadian air naik itu, dia sekeluarga hanya sempat menyelamatkan nenek yang uzur, kucing dan beberapa helai baju sahaja.
“Rumah dan kedai kepunyaan saya merupakan antara yang teruk terkesan akibat banjir. Kalau ikutkan, memang tiada apa yang dapat diselamatkan di rumah tersebut.
“Memandang kami ini rumah kampung, untuk air kembali surut itu bukan sekejap. Kemungkinan ambil masa tiga minggu juga. Air naik hingga ke paras pinggang.
“Ketika air naik, saya hanya sempat selamatkan kucing, bantu nenek yang lumpuh dan capai beberapa helai baju. Perabot dan perkakasan elekrik memang tak dapat nak diselamatkan.
“Saya tak pasti tentang jumlah kerugian. Namun, saya anggrankan lebih RM50,000. Kafe saya pun terkesan tapi saya sempat angkat perkakasan elektrik ke tempat yang lebih tinggi,” katanya kepada MH.
Wany berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis pengenalan single duet terbarunya bersama Wany Hasrita berjudul, Sakitnya Penantian pada Rabu.
Kongsi penyanyi berusia 25 tahun ini lagi, disebabkan jumlah mangsa yang terkesan agak tinggi, dia sekeluarga tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sebaliknya menetap di rumah sepupunya sehingga banjir surut.
“Kali terakhir Batu Pahat dilanda banjir besar seperti ini adalah pada tahun 2006. Ketika itu, saya masih kecil. Jadi, saya tak berapa ingat. Bila dah besar ni, baru tahu macam ni rasanya banjir.
“Kami tak pergi ke PPS kerana penuh. Jadi, kami sekeluarga menumpang di rumah sepupu saya. Alhamdulillah, ada tempat kami nak tinggal,” kongsinya lagi.
Jelasnya lagi, meskipun perasaan ketika ini agak sedih, namun dia sekeluarga perlu fokus mengemaskan kawasan rumah memandangkan bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi.
“Kami sekeluarga memang sedih. Ibu sampai menangis. Saya tidaklah menangis tapi lebih kepada termenung.
“Perancangan kami sekarang adalah untuk menunggu air surut dan fokus untuk mengemas. Kita pun dah nak sambut bulan Ramadan. Kedai pun kena bersihkan juga.
“Sedih juga nak sambut Ramadan sebegini tapi nak buat macam mana. Kita kena reda dan terima sahaja,” akhirinya.
Terdahulu, single Sakitnya Penantian Ini merupakan kolaborasi ketiganya bersama Wani Hasrita.
Lagu ini juga sudah boleh didengari di seluruh platform penstriman dan muzik video pula sudah pun dimuat naik di laman Youtube FMC.
Kredit Video: Instagram Wani Syaz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof menyeru orang ramai membantu kanak-kanak berusia dua tahun, Mohammad Bilal Yusra yang kini terlantar akibat menghidap Alobar Holoprosencaphly atau kecacatan tempurung kepala.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram miliknya, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berharap, masyarakat dapat menyalurkan sumbangan bagi membantu menampung kos perubatan selain mendoakan kesihatan adik Bilal.
“Ada ketumbuhan dekat kepalanya. Mohon boleh semua doakan adik ini. Doakan kesejahteraan semoga dia boleh cepat sembuh.
“Doakan ya semua. Memang kesian. Sesiapa yang mampu boleh sedekah untuk membantu.
“Tapi bukan sahaja duit, mohon doakan yang terbaik untuk adik itu yang ada ketumbuhan di kepalanya.
“Saya mohon sangat kita satu Malaysia doakan dia. InsyaAllah,” katanya.
Perkongsian Syamsul itu mengundang perasaan sebak di kalangan pengikutnya yang sedih dan terkesan melihat penderitaan Bilal.
Penyakit Bilal dilaporkan semakin kronik apabila kepalanya membesar hingga mencecah berat 28 kilogram (kg).
Selain menghidap kecacatan tempurung, anak kecil itu turut mempunyai masalah jantung berlubang selain tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir.
Bapanya, Mohammad Azhar Arzemi, 30, yang sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang rumah dan ibu Bilal, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 25, yang pernah menjadi pembantu klinik terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anak-anak mereka.
Anak sulung pasangan tersebut, Nur Khaulah Al-Azwar juga adalah anak istimewa yang mengalami masalah pendengaran dan sakit tulang belakang.
Malah sebelum ini mereka memaklumkan terpaksa menjual barangan peribadi bagi mencari sumber kewangan.
Walupun sudah bergelar artis berjaya, itu tidak menghalang hasrat Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk terus aktif dalam berbisnes termasuk menerusi sesi siaran langsung di platform media sosial.
Menurut Siti, selain mempunyai rasa tanggungjawab terhadap jenama bisnes sendiri, sesi siaran langsung di TikTok misalnya antara lain dapat mendekatkan dirinya dengan pembeli dan peminat.
“Pertama sekali, saya perlu bertanggungjawab dengan produk saya sendiri. Saya enjoy bila berniaga. Bila buat siaran langsung di media sosial, saya akan menetapkan masa satu hingga satu jam setengah untuk bercakap.
“Ia akan membuatkan saya lebih kreatif, dekat dengan pengguna dan peminat. Untuk mereka melihat saya hari-hari agak susah. Kalau di konsert pula, kena beli tiket.
“Platform media sosial ini ada banyak kelebihan kalau kita manfaatkan dengan betul,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Cindai itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk terbaharu Simplysiti dan kempen Ramadan Setuja Kasih, baru-baru ini.
Siti menambah, sekiranya inisiatif ini dapat meningkatkan nilai jualan, tidak salah buat dirinya untuk turut sama turun padang.
Bantu Naikkan Perniagaan Sendiri
“Sebagai seorang usahawan, sudah tentu saya perlu buat jualan. Kalau saya tidak buat jualan dengan kelebihan yang saya ada, ia satu yang merugikan.
“Mungkin ada yang kata orang lain boleh buat. Namun, saya rasa berbeza. Kalau orang lain buat, mungkin jumlah jualan mereka tak sebanyak yang saya boleh buat.
“Jadi, kenapa saya perlu sia-siakan peluang untuk menjual produk di platform saya sendiri. Secara tidak langsung, ia akan membantu perniagaan saya sendiri,” ujarnya.
Terhibur Baca Komen Netizen
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini teruja apabila sesi siaran langsung ini dapat menghiburkan hati banyak pihak.
“Mungkin mereka dapat melihat sisi berbeza saya ketika sesi siaran langsung. Kita pula banyak bercakap. Mereka merasakan seperti sedang berbual dengan saya.
“Saya juga terhibur bila membaca komen-komen yang kelakar. Perkara seperti ini yang membuatkan saya rasa gembira dan jadi terapi untuk diri sendiri. Seronok melayan komen-komen mereka.
“Mereka juga jarang melihat saya melawak. Bila saya melawak atau ada momen mencuit hati ketika live, ada yang kata stress mereka hilang. Minta saya buat live hari-hari,” akhirinya.
Sejak akhir-akhir ini, klip video sesi siaran langsung Siti sudah beberapa kali tular di platform media sosial.
Rata-rata mereka berkongsi telatah dan kisah-kisah lucu Siti ketika sedang rancak berniaga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Bo Ra disahkan telah bercerai dengan suaminya yang juga pengarah filem, Jo Ba Reun, kurang daripada setahun selepas mendirikan...