Memulakan kehidupan baharu di Amerika Syarikat sejak Mei lalu, entri terbaharu pelakon Sarah Hildebrand di Instagramnya seolah-olah memberikan gambaran dia kini sudah menyertai pasukan unit beruniform, Tentera Udara Amerika Syarikat.
Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 32, berkongsi foto dirinya sedang bersalaman dengan seorang pegawai tentera selain memuat naik skor markah yang diperoleh dalam ujian ketenteraan.
Malah, pelakon yang mencipta nama menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu juga turut memuat naik video menunjukkan dia sedang mengangkat sumpah bersama dua pelatih tentera yang lain.
“Semuanya tidak mustahil. Sangat bersyukur untuk segalanya,” tulis Sarah di ruangan kapsyen.
Pelakon Izara Aishah berterima kasih kepada rakan selebritinya, Neelofa selepas dia terpilih menghiasi kempen kempen Naelofar Raya 2022.
Menerusi Instagram, Izara ada berkongsi beberapa keping foto dia bersama model lain yang menggayakan koleksi tudung terbaharu jenama berkenaan sempena Syawal akan datang.
Malah menerusi ruangan komen, Neelofa turut teruja dengan menyatakan kesemua gambar terlihat cantik.
“MasyaAllah semua gambar cantik!!! Finally dapat juga Naelofar berwajahkan Izara for Raya,” tulis Neelofa.
“Alhamdulillah, thank you for choosing me Kalofa,” Izara membalas.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata peminat memuji wajah manis ibu kepada seorang cahaya mata itu di dalam menggayakan hijab bagi kempen berkenaan.
Malah umum sedia maklum, Neelofa dan Izara sememangnya sudah saling mengenali sebelum masing-masing menyertai Pencarian Dewi Remaja lebih 10 tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebanyak 300,000 helai tudung jenama Leeyanarahman Scarves yang menampilkan wajah wakilan pempengaruh media sosial, Maryam Durian Kimchi habis terjual dalam tempoh kurang sejam, pada 27 Februari lalu.
Koleksi tudung yang berharga RM29 dengan kualiti ‘kayangan’ iaitu Wanita Dambaan Syurga yang hadir dengan 20 pilihan rekaan itu, bagaimanapun dilancarkan secara rasmi hari ini.
Menurut pengasas jenama Leeyanarahman, Nur Liyana Abdul Rahman, pihak mereka begitu terkejutdan bersyukur dengan sambutan baik yang diterima.
“Ini asbab serta rezeki yang baik buat kami dan tentunya untuk Maryam sendiri sebagai mualaf yang sudah mula menutup aurat awal tahun ini. Perkara baik seperti dilakukan Maryam, insya-Allah moga baik-baik saja laluannya.
“Kita belum lancar, tapi 300,000 helai tudung dicetak habis terjual. Hebat penangan Maryam. Maryam sebenarnya mewakili koleksi tudung kami untuk edisi ketiga.
Edisi pertama dan kedua dulu masing-masing menampilkan Ummi Nazeera dan Hannah Delisha.
“Tema kali ini, Wanita Dambaan Syurga juga bagai kena dengan perjalanan hidup baharu Maryam terutamanya keinginan hati kecil dia nak berhijrah menjadi wanita mualaf yang lebih baik,” katanya.
Sejak 2012 melebarkan sayap perniagaan bermodalkan RM1,500, jenama diusahakan Nur Liyana dan suaminya, Muhammad Hafiz Abd Hamidini pantas mencuri perhatian.
“Sebelum tudung kami terlebih dahulu keluarkan pakaian Muslimah. Jualan tudung kami mula sejak Oktober 2022 dan hingga sekarang sudah 700,000 helai tudung terjual.
“Untuk jenama tudung ini kami sasarkan RM3 ke RM4 Juta untuk setiap edisi keluaran. Dalam setahun, kami sasar ada sekitar lapan keluaran koleksi tudung. Manakala untuk sasaran jualan setahun pula sekitar RM20 Juta,” katanya.
Sementara itu, Maryam atau nama penuhnya, Maryam You Narae tidak menyangka koleksi tudung menampilkan dirinya laris macam goreng pisang panas.
“Dalam tempoh kurang sejam terjual semua koleksi dicetak iaitu 300,000 helai tudung. SubhanaAllah, masyaAllah. Moga kebaikan dan kejayaan ini dapat dinikmati serta memberi manfaat kepada semua.
“Moga tersurat dan tersirat hikmah berharga untuk kita semua. Saya juga masih bertatih dalam fasa baharu ini. Benar orang kata bukan mudah nak istiqamah, maka saya akan terus cuba jaya.
“Semoga Allah mempermudahkan laluan ini. Terima kasih kepada Leeyanarahman di atas kesempatan terindah ini. Bekerja dengan pihak mereka pun cukup menyenangkan,” katanya jujur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Personaliti media sosial, Maryam Younarae yang juga isteri kepada pempengaruh media sosial ‘Durian Kimchi’, Ryzal Ibrahim berniat untuk terus mempraktikkan pemakaian khimar di Malaysia seperti mana yang menjadi persalinan kebiasaan kebanyakan wanita di negara Timur Tengah.
Menurut Maryam, pemakaian khimar ini boleh memberikan keselesaan buat para wanita melakukan aktiviti harian dan pada masa sama memudahkan urusan ketika solat.
Katanya lagi, penggunaan kualiti kain daripada Korea Selatan juga nyata memberikan keselesaan buat si pemakai.
Khimar Lebih Selesa Dan Praktikal Berbanding Telekung
“Saya buat khimar ini untuk kegunaan seharian atau ketika berjalan-jalan. Boleh juga digunakan sewaktu solat.
“Memakai telekung untuk aktiviti harian mungkin agak tak sesuai kerana ia labuh dan kainnya tebal, tapi khimar ini sangat selesa.
“Bagi orang yang tak tahu mengenai khimar terutamanya ahli keluarga dan rakan-rakan saya, mereka tertanya-tanya saya tak panas ke? Selesa ke?
“Jadi, saya mahu mereka cuba sendiri. Oleh itu, saya sudah merancang untuk mewakafkan khimar ini di masjid-masjid di Malaysia dan Korea Selatan,” katanya kepada MH.
Maryam berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran Khimar MaryamNarae by Maryam You Narae bertempat di Lola by SeraiGroup KLGCC.
Terkilan Khimar Masih Belum Terkenal Di Korea!
Bagaimanapun, pelakon filem Mat Tudung Begins ini akui agak terkilan apabila pemakaian khimar masih belum boleh diterima ramai lebih-lebih lagi di negara kelahirannya, Korea Selatan.
“Pada Oktober lalu, saya balik ke Korea. Saya ada berkongsi video memakai khimar ketika ke pasar. Video tersebut telah viral dan menerima 12 juta tontonan.
“Orang-orang di Korea melihat saya dalam keadan pelik. Sebagai manusia, saya juga ada perasaan takut dan tertanya-tanya apa yang mereka fikirkan.
“Buat pertama kalinya, saya mengeluh kepada Allah. Kalau nak saya memeluk Islam, kenapa lahirkan saya sebagai orang Korea dan bukannya orang Malaysia? Kenapa beri saya situasi susah?,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, hal tersebut tidak sesekali melunturkan semangatya untuk berkongsi tentang keindahan Islam.
“Kemudian saya dapat jawapan. Kerana saya orang Korea Selatan dan seorang muslim, jadi, lebih mudah untuk saya mendekati mereka dan berkongsi tentang Islam.
“Saya akan terus tunjukkan perkara yang baik-baik. Sama seperti suami saya, Ryzal. Ketika dia membawa saya memeluk Islam, dia tak pernah paksa saya buat itu ini tapi dia menunjukkan contoh.
“Bila sudah terbiasa, saya pula ada keinginan untuk belajar sendiri. Setiap perkara yang berlaku ada prosesnya. Kita tak boleh terus berubah 360 darjah,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Maryam turut memaklumkan dia memulakan bisnes pakaian muslimah ini sebagai tanda untuk menghargai nikmat rezeki yang telah dikurniakan Allah.
“Ramai tahu saya peroleh rezeki yang melimpah ruah daripada Allah SWT. Ada orang bila dapat rezeki, mereka hanya berterima kasih tapi tak buat apa-apa.
“Bila dapat rezeki, kita kena memanfaatkan pemberian itu. Allah nak kita memanjangkannya untuk perkara yang baik. Ini cara saya saya memanfaatkan rezeki,” akhirinya.
Untuk rekod, Maryam You Narae merupakan wanita asal Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan sebelum berkahwin dengan pempengaruh media sosial asal Malaysia, Nik Muhammad Rizal dan popular dengan Youtube ‘Durian Kimchi’, Maryam hanyalah seorang wanita biasa yang mengusahakan kedai menjual kuih walnut bersama ibunya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...