Beri Tips Kepada Pekerja Kelab Golf, Tiba-Tiba Datuk Hans Isaac Terkejut Sebab…

Share

Pelakon dan pengarah, Datuk Hans Isaac tidak menyangka tindakannya memberi tips (upah) kepada salah seorang pekerja sewaktu bermain golf satu ketika dahulu telah memberikan kesan mendalam buat individu tersebut.

Menurut individu berkenaan, upah yang diberikan itu membolehkan dirinya untuk pulang ke kampung bagi menziarahi arwah ibunya.

“Tok, dulu Datuk ada bagi tips dekat saya lepas datuk habis main golf. Duit tips tu saya buat modal isi minyak motor.

“Dapatlah balik rumah tengok arwah mak saya. Waktu itu tengah bulan. Tengah kering poket. Terima kasih banyak-banyak ye.

“Semoga tuhan memberkati kehidupan datuk,” kongsi individu tersebut.

Menurut Datuk Hans, dia berkongsi hantaran ini bukanlah untuk mengambil sebarang pujian sebaliknya hanya mahu memberi kesedaran bahawa sekecil-kecil perkara baik juga mampu memberi kesan buat hidup seseorang.

“Kadang kala sekecil-kecil perkara baik mampu membawa kepada perubahan. Saya berkongsi post ini bukanlah untuk menerima pujian tetapi sebagai contoh untuk mengigatkan kita bahawa ada orang yang lebih susah dan oleh kerana itu kita tidak seharusnya mengambil mudah mengenai soal kehidupan.

“Saya tak ingat pun apa yang telah saya buat kepada individu berkenaan dan terima kasih diatas perkongsian ini.

“Saya doakan semoga urusan awak sentiasa dipermudahkan dikala waktu getir ini dan diharapkan awak diberi kekuatan diatas kehilangan ibu tercinta,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Buli itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Hans itu selain turut berharap agar masyarakat kita lebih perihatin terhadap orang sekeliling terutamanya ketika waktu sukar ini.

Meski tidak lagi bergelar Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysi (FINAS), Hans kini dilihat masih lagi aktif turun ke lapangan bagi membantu golongan yang terjejas terutama sewaktu penularan wabak Covid-19 ini.

Sumber: Instagram Datuk Hans Isaac

Published by
Aizam Manaf