Pelakon Diana Amir berkongsi sebuah kisah yang penuh inspirasi menerusi sebuah program bual bicara di luar negara.
Seorang pemanggil menyatakan ingin membuat sumbangan wang tunai bernilai hampir RM26,000 yang diperuntukkan untuk ibadah haji pada tahun ini.
Jelasnya, disebabkan tahun ini tiada haji boleh dilakukan dan atas sebab itu, dia berhajat untuk mendermakannya buat insan yang lebih memerlukan.
“Saya mahu membuat sumbangan kecil sebanyak GBP5,000 (RM26,527).
“Ia diperuntukkan untuk ibadah haji pada tahun ini tetapi nampaknya tiada haji pada tahun ini.
“Berikan kepada sesiapa yang kamu rasanya berhak menerimanya,” jelas pemanggil berkenaan.
Terharu dengan penjelasan yang diberi, pengacara jelas tergamam seterusnya dilihat menahan sebak.
Jelasnya, duit itu diberikan kembali kepada Allah.
“Sewaktu Aisyah (RA) memberi derma, beliau akan meletakkan wangian di setiap wang. Kemudian dia akan memberikan kepada fakir miskin.
“Apabila disoal temannya, jelas Aisyah (RA), saya memberikan wang ini untuk Allah. Tidakkan saya patut mengindahkannya sebelum memberi kepada Allah?
“Allah!! May Allah grant the highest jannah, jannatul firdausi to him and his family. Such a beautiful heart, longing for Allah’s mercy 🤍 May we follow your footsteps brother. Alhamdulillah for inspiring us. @islamicreliefmalaysia @islamicreliefuk,” kongsi Diana.
Foto : Instagram Diana Amir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI