Selepas kejutan demi kejutan yang diberikan menerusi program Gegar Vaganza 6 (GV6), kemenangan dua juara iaitu Naqiu dan Hady Mirza yang diumumkan malam tadi pada malam final nyata mengundang persepsi pelbagai netizen.

Ada yang bersetuju dan tidak kurang yang membayangkan gelaran juara mutlak perlu diberikan kepada seorang pemenang sahaja. Malah ada yang menyifatkan keputusan seakan-akan sudah dirancang dan anti-klimaks.

Ditanya mengenai pengumuman dua juara buat pertama kali selepas ia bersiaran enam musim, ketua juri, Datuk Ramli MS menjelaskan Naqiu dan Hady Mirza memberikan persembahan meyakinkan dan ‘dua juara’ untuk GV edisi kali ini tiada salahnya.

“Markah seri dan sebagai ketua juri, saya kena buat keputusan. Tapi saya cakap tidak. Saya tidak boleh ambil Naqiu atau Hady di tempat pertama. Kerana mereka seri. Berilah mereka juara. Tiada yang salah.

IKLAN

“Dua juara itu…. Satunya saya melihat mereka ‘hormati bunyi’. Mereka tidak sumbangkan, mereka mengikut apa kehendak bunyi, jadi semuanya setara. Berikan gelaran kepada kedua mereka,” jelasnya pada sidang media.

Pada masa sama, pengarah muzik itu juga mengakui pihak Astro turut bersetuju untuk tabalkan kedua penyanyi berkenaan selepas berbincang.

IKLAN

“Malah saya sendiri tidak merasakan mereka ‘care’ mengenai kedudukan nombor satu atau kedua. Silaturrahim mereka di atas pentas seperti adik-beradik. Bunyi itu tidak pernah menipu dan bunyi mereka itu adalah sangat ikhlas.

“Saya beritahu pihak Astro, berikan kepada keduanya dan mereka bersetuju. The we proceed,” katanya lagi.

IKLAN

Bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam malam tadi menerusi Astro Ria dan Ria HD, Naqiu dan Hady Mirza masing-masing mendapat markah setara iaitu 87 peratus.

Ikuti sidang media penuh GV6 final di sini;

Sidang media final Gegar Vaganza 6

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 22 December 2019

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI