Pernah melalui fasa penceraian, pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj. Nawawi menitipkan pesanan buat pasangan yang ingin bercerai agar sentiasa bersikap rasional bila membuat keputusan mengenai hak penjagaan anak.
Menurut Aznil, dia dan isteri bercerai secara baik dan masih boleh berbincang bila melibatkan soal anak-anak.
“Bila melihat proses yang dilalui dua pasangan yang pernah bercinta, menjadi suami isteri, tinggal sebumbung dan tidur sebantal tapi akhirnya berlaku percakaran di media sosial dan mahkamah.
“Daripada pengalaman saya yang lalu, saya tak melalui fasa bertekak di mahkamah. Zaman saya tiada media sosial. Kebanyakkannya kita memujuk diri untuk bersabar.
“Tak semestinya pihak lelaki sahaja perlu bersabar, bekas isteri pun sama juga. Kalau tak sabar, memang banyak hal yang boleh dilakukan. Namun, kesabaran ada hadnya,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, isu mengenai perebutan hak penjagaan ini hanya akan memberikan kesan buruk kepada mental anak-anak bila mereka meningkat dewasa.
Ads
“Zaman sekarang lebih bahaya. Perkara ini akan terus tersimpan di dalam khazanah bila ia dijadikan bahan berita. Sampai mati berita itu akan ada.
“Ketika ini, anak-anak mungkin masih kecil tapi percayalah bila mereka berusia 16 tahun, ia akan mengganggu hubungan kasih sayang antara ibu dan ayah.
“Pesan saya, kedua-duanya perlukan masa bertenang. Bila berlaku sesuatu perkara, jangan terus nak ambil tindakan seperti membalas dendam atau menemplak bekas pasangan.
“Inilah perkara yang setan suka. Tak habis dengan penceraian, mereka nak pecah belahkan hubungan keluarga pula,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, bekas pengacara program Akademi Fantasia ini turut menasihati pasangan yang ingin bercerai untuk punyai perasaan mengalah demi kebaikkan anak-anak.
“Kalau isteri nak jaga anak, beri sahajalah. Kalau isteri beri hak menjaga anak, jagalah sebaiknya. Ikutlah siapa yang perlu beralah. Ada kalanya kita tak mahu mengalah disebabkan ego.
“Lebih teruk apabila hubungan kita dicampuri oleh orang lain. Itu antara punca dua pihak melenting. Sangat sukar untuk kita memotong ‘nasihat-nasihat’ daripada pihak luar.
“Lebih panjang cerita bila ia turut melibatkan nasihat peguam. Peguam hanya menjalankan tugas untuk memenangkan anak guam.
Ads
“Bukankan ini merupakan satu perang yang besar. Jadi, bawa bertenang,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Aznil turut menegaskan kepada para bapa untuk tidak berhenti menjalankan tanggungjawab meskipun berdepan pelbagai dugaan.
“Tanggungjawab suami dan bapa wajib dibuat. Katalah isteri tak bagi jumpa anak, adakah anda harus melepaskan tanggungjawab? Tidak.
“Anda tetap kena jalankan tanggungjawab seperti hantar anak sekolah, sediakan pakaian dan makan minum. Walau tak dapat berjumpa, bawa bertenang,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon baru yang juga adik kepada Syatilla, Syida Melvin mendedahkan dirinya kini hamil lima bulan.
Menurut Syida yang mesra dipanggil Cda menerusi Instagram, dia kini tidak mampu berahsia lagi kerana perutnya yang kian membesar.
Pada masa sama, bintang ini turut meminta doa ramai agar mendoakan kandungannya dipermudahkan.
“MashaAllah MashaAllah. Bismillahirahmanirahim.. we are finally ready to share this good news with everyone. Alhamdulillah, ramai orang dok main teka teki di setiap posting cda, setiap story cda.
“Asyik tanya ‘Eh Syida pregnant ke? Eh tu macam baby bump jeee’ hahaha! Powerrrr lah hampa ni. Kalini perut memang dah tak boleh sorok lagi dah sebab dah besaq.
“Alhamdulillah cda takdak morning sickness, cuma alah bau bauan macam perfume & benda2 wangi jalaaaa (5bulan dah tak pakai perfume). Cda mintak hampa doakan semuanya selamat okay? Nanti cda share lagi ini baby boy or girl,” tulisnya panjang lebar.
Serentak dengan pengumuman tersebut, ruangan komen pada entri berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah dari peminat termasuk rakan selebriti.
Syida dan suaminya yang merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid, Mohamad Syafiq Azim Shaheen berkahwin pada 19 Januari lalu.
Pelakon, Datuk Fizz Fairuz berpandangan isu pihak sokolah mengadakan majlis graduasi di hotel tidak sepatutnya diperbesar sehingga ke pengetahuan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Menurut Fizz atau nama sebenarnya, Mohd. Fairuz Zainal Abidin, tujuan pihak sekolah mengadakan majlis di tempat sedemikian adalah untuk memberikan keselesaan kepada pelajar itu sendiri.
“Sekolah buat dekat tempat selesa dikatakan tak sesuai. Bila buat dekat sekolah sahaja dikatakan tak ada tempat lain ke nak buat dengan panasnya.
“Adoi, semua benda tak betullah zaman sekarang ni. Untuk anak-anak, bagi
sahajalah,” tulisnya.
Pandangan itu disuarakan oleh suami kepada pelakon, Almy Nadia itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, majlis seperti ini tidak akan diadakan sekiranya tidak mendapat persetujuan ketika mesyuarat Pesatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
“Mereka buat sebab PIBG dan ibu bapa sudah setuju. Kalau tak setuju, mereka tak buat,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Fizz juga berpandangan para ibu bapa tidak sepatutnya berkira untuk anak-anak sendiri.
“Setahun sekali buat. Bukan hari-hari kena keluar RM150 hingga RM250 tu. Beli beg dan kasut mahal-mahal boleh?
“Takkan untuk anak nak berkira. Pendapat saya lah,” akhirinya.
Baru-baru ini, isu mengenai majlis graduasi yang diadakan secara besar-besaran di hotel hangat diperkatakan di media sosial.
Rata-rata netizen beranggapan, majlis tersebut sememangnya membebankan para ibu bapa kerana memerlukan pembayaran yang agak tinggi.
Malah, isu ini juga telah pun mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Menurut Fadhlina, Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan majlis graduasi sekolah diadakan secara sederhana, namun meriah dan penuh penghargaan bagi meraikan semua pelajar.
Katanya lagi, perbincangan dengan ibu bapa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah masing-masing adalah asas kepada majlis graduasi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizz Fairuz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas terpalit kontroversi susulan klip video klip lagu duet Baby Sayang bersama Baby Shima yang dianggap keterlaluan, usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 35, akhirnya tampil membuat permohonan maaf.
Menurut Aliff, apa yang berlaku selama ini adalah kesalahan dirinya sendiri kerana menyanyi merupakan hobinya yang dibuat untuk tujuan secara suka-suka dan hiburan semata-mata.
Biarpun menerima kecaman berhubung taktik pemasaran yang digunakan, Aliff bagaimanapun menjelaskan, video klip lagu tersebut langsung tidak memaparkan dirinya bersentuhan dengan Baby Shima.
“Saya nak minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya ada kelakuan saya tak kisahlah mengenai apa jua, lagu ke apa.
“Saya sangat-sangat mohon maaf terutama kepada mak saya, isteri dan keluarga. Sebab ini kesalahan daripada saya. Saya buat benda ini sebagai hobi. Saya buat benda ini hanya kongsi dalam media saya untuk suka-suka,” katanya dalam video dimuat naik dalam laman Instagram miliknya.
Tambah usahawan itu lagi, memang menjadi impiannya sejak dahulu untuk bergelar penyanyi tetapi kehadirannya dalam industri bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana artis lain.
“Saya tak suka bergaduh, saya suka kebaikan. Jujurnya saya sendiri tak pasti kenapa orang suka kecam saya. Apa salah saya awak?
“Saya juga tidak pernah marah atau bergaduh dengan mana-mana pihak,” luahnya.
Terdahulu, Aliff dan Baby Shima dikecam kerana didakwa menari agak keterlaluan dalam muzik video lagu Baby Sayang.
Sejak ia mula dilancarkan pada minggu lalu, muzik video single tersebut menjadi trending di laman perkongsian video YouTube.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!