Penyanyi antarabangsa popular, Justin Bieber dikhabarkan bakal meneruskan konsert jelajahnya, Justice World Tour dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Justin, 28, terpaksa menunda beberapa siri konsert yang telah dijadualkan selepas dia disahkan menghidap penyakit Ramsay-Hunt Syndrome pada bulan lalu.
Justin akan terbang ke Itali untuk mengadakan persembahan di Itali pada 31 Julai ini sebelum kembali meneruskan jelajahnya ke negara-negara di Eropah, Amerika Selatan, Afrika Selatan, Timur Tengah, Asia, Australia dan New Zealand.
View this post on Instagram
Terdahulu, penyanyi lagu Ghost itu mengejutkan peminat seluruh dunia apabila tiba-tiba mengalami lumpuh separuh wajah dipercayai serangan virus yang dikenali sebagai Ramsay Hunt.
Susulan penyakit itu, Justin terpaksa menunda beberapa konsert jelajah di lokasi pertama di Toronto, Kanada beberapa jam sebelum berlangsung.
Justin bakal menjayakan persembahannya di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 Oktober depan.
Tiket konsert ini habis terjual tidak sampai beberapa jam selepas ia dilancarkan pada 31 Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI