Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Miller Khan menafikan adiknya yang juga pelakon di sana, Aliff Alli, 29, berada dalam keadaan kritikal akibat Covid-19 sejak Disember, tahun lalu.
Miller menjelaskan, adiknya sudah disahkan negatif wabak itu dan dibenar keluar hospital sejak beberapa hari lalu.
“Dia sudah okay dan bebas dari Covid-19. Sekarang dia ada di rumah. Berita yang keluar itu lambat sebab saya memang simpan daripada pengetahuan media.
“Apa pun, dia stabil dan negatif. Dia dibenarkan keluar sejak 6 Januari lalu. Dia juga dalam proses pemulihan di rumah,” katanya yang tidak tahu punca dan bagaimana adiknya boleh dijangkiti.
Terdahulu, media seberang melaporkan Aliff menjalani rawatan intensif di Rumah Sakit Wisma Atlet, hampir tiga minggu lalu dan keadaan kesihatannya dikatakan semakin kritikal.
Peguamnya, Asgar Sjarfi dalam satu kenyataan berkata, keadaan anak guamnya itu tidak menunjukkan perubahan sejak dirawat Disember lalu.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Tak Boleh Buat Apa Sebab Back Up Besar Dia Adalah Head Coach,” – Pandelela Kongsi Kisah Lawak Lucah Jurulatih, Khairy Jamaluddin Turut Berterima Kasih
Isu lawak lucah bukanlah baharu dalam kalangan masyarakat kita. Kini ia seolah-olah telah menjadi satu perkara yang normal untuk berbual dengan unsur lucah melampau. Namun sampai bila perkara ini harus dibiarkan? There is a need to stop this kind of attitude.
Jika minggu ini dunia seni digemparkan dengan isu rogol dalam sebuah rancangan televisyen sehingga pihak yang diperkatakan bersuara kerana telah membuka aib, hari ini atlet Olimpik Malaysia pula bersuara tentang isu ini.
Datuk Pandelela Rinong, yang merupakan pemenang pingat perak dan gangsa sukan Olimpik berkongsi kisah budaya lawak lucah yang pernah dihadapinya sebagai seorang atlet. Siap dengan tanda pagar #rapejokeisnotfunny, dia memuat naik beberapa ciapan di laman Twitter miliknya.
Ujarnya, “Dulu saya ada seorang coach ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh sebab takut dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. 7 tahun kemudian dia buat kes rogol.
“Tapi paling sedih dalam 7 tahun tu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlet tak boleh buat apa, sebab backup besar dia adalah head coach kami sendiri. Moral kepada cerita ini, kita memerlukan ketua yang bagus yang boleh memperbetulkan apa yang salah dan bukannya menutup mata terhadap kejahatan. Dan mereka yang didera mesti berani bersuara. Suara kecil masih berguna jika kita bersatu hati.”
Atlet berusia 28 tahun ini kemudiannya menyatakan ucapan terima kasih kepada persatuan sukan yang banyak mengambil berat. “Kami sangat bertuah kerana dilindungi dengan selamat oleh persatuan sukan, yang mengambil berat tentang kami. Pengakhiran yang membahagiakan,” ujarnya lagi.
Ciapannya itu yang setakat berita ini ditulis telah menerima lebih 8.3 ribu ulang kicau.
Menariknya, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin yang dahulu pernah bertugas sebagai Menteri Belia dan Sukan turut membalas ciapan Pandelela. Beliau berkata, “Terima Kasih kerana berani bersuara Lela. Masih ada wartawan-wartawan sukan yang mengkritik keputusan yang dibuat untuk ‘menggoncang’ sukan terjun Malaysia ekoran tuduhan ini beberapa tahun lalu. Saya akan membuat keputusan yang sama setiap masa.”
Menurut Khairy Jamaludin lagi keselamatan atlet dari penderaan mental dan fizikal lebih penting dari pingat.
***P/S – Sudah tiba masanya kita di Malaysia untuk berani bersuara setiap kali perkara seperti ini berlaku tidak kiralah dalam industri apapun baik hiburan, sukan dan sebagainya. Perbuatan menormalisasikan lawak lucah bukan sahaja memberi kesan kepada individu bahkan ia seolah-olah meraikan budaya yang tidak sihat.
Dulu saya ada seorang coach ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh sebab takut dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. 7 tahun kemudian dia buat kes rogol. #rapejokeisnotfunny
— Pandelela Rinong (@Pandelela_R) October 21, 2021
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Berlari-Larilah Kamu Di Syurga Allah,” – Jenazah Anak Ali Puteh Selamat Dikebumikan
Pelawak Ali Puteh memaklumkan jenazah anaknya, Sharifah Ainul Nur Mardhiah telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur selepas solat Asar tadi.
Perkara itu dimaklumkan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menerusi Instagram miliknya, sebentar tadi.
Ali yang juga ahli kumpulan Puteh turut berterima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mendoakan kesejahteraan anaknya.
“Alhamdulillah selesai semuanya…berlari2 lah kamu di syurga allah…tggu walid dan ibu disana…,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
View this post on InstagramA post shared by @syedaliputeh 163K ACC HACKED (@aliputeh89) on
Terdahulu akhbar melaporkan Ainul dalam keadaan kritikal apabila bergantung sepenuhnya dengan mesin bantuan pernafasan.
Ainul yang dilahirkan pada 6 Ogos lalu disahkan menghidap jaundis dan dipindahkan ke Hospital Ampang selepas lima hari dilahirkan.
Selain Ainul, Ali turut mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun, Sharifah Nur Aaira Qaireen.
Terdahulu, Ali berkongsi berita memberitahu bayinya yang berusia tiga bulan itu disahkan meninggal dunia akibat masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang di Hospital Serdang pagi tadi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Mati Rasa Itu Lagu Terbaik Hari Pertama Semi Final Muzik Muzik 38
Lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Aina Abdul, dipilih sebagai lagu terbaik hari pertama Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38) yang berlangsung di Studio 1 Glenmarie, di Shah Alam, pada Jumaat.
Ia sekaligus menafikan sepuluh lagu lain yang turut bertanding dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 dan barangan eksklusif tajaan penaja utama Alha Alfa.
Karya berkenaan turut diumumkan sebagai Lagu Pilihan Alha Alfa dan berjaya membawa pulang RM2,000 dan barangan eksklusif Alha Alfa.
Bagaimanapun, lagu tersebut tidak semestinya layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38, namun masih berpeluang.
Dalam saingan hari pertama ini, 11 buah lagu yang bertanding termasuk Inilah Jalannya nyanyian Masdo dan lagu serta ciptaan Noh Salleh Waktu (Hasif Upin dan Ziana Zain / Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat / Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat). Kucuma (Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah / A Ramlee dan Ezra Kong / A Ramlee dan Ezra Kong); Kaulah Syurga (Khai Bahar dan Lia Aziz / Asfan Shah / Siti Rosmizah) dan Tusuk (Shiha Zikir / Iqie Hugh dan Omar Kay / Iqie Hugh dan Omar Kay).
Turut bertanding adalah Hasrat (Amir Jahari), Ilusi (Marsha Milan feat Hazama / Iqie Hugh, Shazreq Azeman dan Omar K / Iqie Hugh, Shazreq Azeman dan Omar K); Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul / Aina Abdul / Aina Abdul); Bahagia Milik Kita (Syamel / Syamel dan Ahmad Jeffny / Syamel); Oh Wanita (Khai Bahar / Harry Khalifah / Harry Khalifah) dan Racun (Elica Paujin feat Dem Lepak Boyz / Iqie Hugh dan Aniq Iffat / Iqie Hugh dan Aniq Iffat).
Kesemua lagu itu diadili barisan juri iaitu Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap, Azmeer dan LY.
Hari pertama SFMM38 dimeriahkan dengan persembahan jemputan Noraniza Idris yang menyampaikan lagu Dikir Puteri, Ngajat Tampi dan Hatinya Tak Tahan.
Sebanyak 12 lagu terbaik bakal dipilih selama tiga hari SFMM38 berlangsung bermula hari ini.
AJL38 bakal berlangsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, tahun depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI