Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Miller Khan menafikan adiknya yang juga pelakon di sana, Aliff Alli, 29, berada dalam keadaan kritikal akibat Covid-19 sejak Disember, tahun lalu.
Miller menjelaskan, adiknya sudah disahkan negatif wabak itu dan dibenar keluar hospital sejak beberapa hari lalu.
“Dia sudah okay dan bebas dari Covid-19. Sekarang dia ada di rumah. Berita yang keluar itu lambat sebab saya memang simpan daripada pengetahuan media.
“Apa pun, dia stabil dan negatif. Dia dibenarkan keluar sejak 6 Januari lalu. Dia juga dalam proses pemulihan di rumah,” katanya yang tidak tahu punca dan bagaimana adiknya boleh dijangkiti.
Terdahulu, media seberang melaporkan Aliff menjalani rawatan intensif di Rumah Sakit Wisma Atlet, hampir tiga minggu lalu dan keadaan kesihatannya dikatakan semakin kritikal.
Peguamnya, Asgar Sjarfi dalam satu kenyataan berkata, keadaan anak guamnya itu tidak menunjukkan perubahan sejak dirawat Disember lalu.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Putra Amaris Diuji Bila Staf Berhenti Dan Kiosk Jualan Dipecah Masuk! -“Pada Saya, Allah Nak Beri Yang Lebih Baik Selepas Ini.”
Media sebelum ini ada melaporkan mengenai pejabat dan kiosk jualan Amaris My Tart yang diusahakan pelakon Putra Amaris telah dipecah masuk yang seterusnya menyebabkan operasi perniagaan terganggu selain ada pekerja yang berhenti.
Menurut Amaris, 36, ia menjadi antara ujiannya di dalam melaksanakan program Infaq Ramadan bermula 10 hingga 20 April ini, seiring dengan sambutan bulan Ramadan tahun ini.
Pemilik nama sebenar, Amran Ismail berkata, dia menganggap setiap cabaran yang dilalui adalah ujian yang akan digantikan dengan sebuah kemanisan oleh Allah SWT.
“Nak buat perkara baik memang akan ada saja ujian. Macam saya buat Infaq Ramadan ini, pekerja berhenti dua hari sebelum program berlangsung.
“Itu belum lagi pejabat dan kiosk jualan Amaris My Tart dipecah masuk. Malah, kami punya operasi jualan dalam masa dua bulan ini terganggu untuk ejen, pasukan dan stok.
“Ujian yang datang ini pada saya Allah nak beri lebih baik selepas ini. Saya juga anggap setiap ujian adalah satu kemanisan. Jadi, kalau nak cakap mengenai ujian ada banyak. Saya yakin ini semua ujian Allah.
“Disebabkan itu, dalam melaksanakan program ini, saya yakin Allah bantu. InsyaAllah, perkara baik Allah mudahkan urusan,” katanya.
Memberi sasaran untuk memberikan bantuan kepada kira-kira 500 keluarga asnaf, rumah anak-anak yatim dan rumah anak-anak tahfiz sepanjang 11 hari program dijalankan, Amaris bagaimanapun tetap optimis di dalam menerusi misi murni ini.
“Selain itu, kami juga pergi ke rumah penjagaan orang tua membabitkan kelainan upaya (OKU) dan gelandangan. Tapi fokus utama sepanjang Ramadan ini adalah golongan asnaf di mana kami akan pergi rumah ke rumah. Sasaran kami di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang, Shah Alam dan Klang.
“Alhamdulillah, setakat ini sumbangan untuk 500 rumah itu sudah cukup dari segi wang ringgit, makanan dan barang keperluan harian. Cuma perlukan lebih lagi untuk teruskan bantuan. Kalau ada lebih lagi, lagi bagus dan boleh berikan lebih lagi.
“Sebenarnya kita pun tak tahu apa mereka perlukan. Apabila sampai ke tempat mereka, ada barang yang penting diperlukan. Jadi, itu antara barang tambahan yang perlu diberikan. Lebih banyak yang menyumbang dan menginfaq, lebih banyak penerima manfaat terima,” katanya.
Sementara itu bagi Naib Presiden, Operasi, Penjualan & Latihan Penyet Penyet.com Nurul Fakri Arshaf berkata, pihaknya berlapang dada dan terbuka bekerjasama dalam program Infaq Ramadan Putra Amaris kerana ingin berkongsi rezeki.
“Kami sudah buat infaq ini sejak beberapa bulan lalu. Alasannya sebab nak berkongsi rezeki dengan semua orang. Sebelum ini kami memberi fokus kepada badan kebajikan, jadi bulan Ramadan ini nak menyasarkan untuk mencapai 1500 pek makanan sehari untuk diedarkan selama 26 hari termasuk dalam program ini.
“Jadi, kita mengharapkan pengedaran yang dibuat dalam program ini mampu bekongsi rezeki. Kita harapkan bahawa, sumbangan yang dapat daripada orang ramai, syarikat swasta dan orang perseorangan akan disalurkan dengan cara edarkan makanan kepada mereka,” katanya.
Sementara itu, Pengasas bersama Chef Tako, Muhammad Misyael Abd Rama pula berkata, pembabitan mereka pada program itu adalah saham akhirat bersama hampir 700 usahawan mereka.
“Terima kasih kepada Putra Amaris kerana jemput kami dalam program Infaq Ramadan ini. Pembabitan kami lebih kepada nak bantu memperbanyakkan lagi sumbangan. Kami adalah syarikat usahawan dan membimbing usahawan lain, jadi kami ingin menjadi penyalur kepada mereka.
“Hasil jualan mereka kami akan ambil sedikit untuk disumbangkan dalam program ini. Pendek kata ia menjadi saham akhirat untuk dikongsi. Hampir 700 usahawan kami terbabit dalam program ini di semua lakasi. Bukan saja makanan, tapi juga wang ringgit dan barang keperluan,” katanya.
Bagi yang ingin membuat infaq sepanjang Ramadan ini boleh salurkan sumbangan anda ke akaun SAMA SAMA KENYANG (562405646664 – Maybank).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nikmatnya Kurnian Allah Kepada Perempuan Yang Mampu Mengandung, 9 Bulan Itu Paling Indah,” – Kapsyen Erma Yang ‘Tersirat’, Buat Netizen Tersentuh
Minggu lalu, Erma Fatima ada menulis kapsyen humor tetapi ada elemen nasihat buat adik iparnya bersempena dengan majlis baby shower Betty Rahmad. Nyatanya, pengarah dan penerbit ini bagai tidak sabar untuk menantikan ‘ahli keluarga’ baru.
“Nikmatnya kurnian Allah kpd perempuan yg mampu mengandung …9 bulan itu yg paling indah…Alhamdulillah adik aku mampu melahirkn zuriat buat suaminya.. @ardydamis hang tkdak alasan nk menikah satu lg naaaa. Aku nk girl…tp tkpalah..syukur,” tulisnya.
Malah, Erma turut memuat naik beberapa potong video di majlis masa.
View this post on InstagramTak sabaq nk tunggu gender anak betty ni.. ????
A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on
View this post on InstagramA post shared by Ermafatima (@ermafatima) on
View this post on InstagramHari yg sangat mengembirakan kami sekeluarga. Terima Kasih Allah.
A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on
“Hari yg sangat mengembirakan kami sekeluarga. Terima Kasih Allah,” maklum Erma lagi sambil dihujani dengan ucapan tahniah daripada kalangan pengguna Instagram.
Tidak kurang, ada yang memahami apa yang ingin disampaikan Erma menerusi kapsyennya itu.
Apa pun, tahniah buat Betty sebab bakal timang cahaya mata lelaki tidak lama lagi. Semoga dipermudahkan.
Dalam perkembangan lain, seorang lagi adiknya Datin Seri Umie Aida baru saja dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2018 atas persembahan cemerlangnya menerusi filem Dukun.
Foto: Instagram Erma, Betty
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Sutuju Kalau Aplikasi TikTok Disekat,” – Finalis Hero Remaja, Imran Aqil
Finalis Hero Remaja 2020, Imran Aqil ada memberikan pendapat mengenai aplikasi TikTok yang kini menjadi trend sesetengah pengguna media sosial seluruh dunia.
Menjadi antara platfrom yang mampu mempromosikan diri atau jenama, bintang baru berusia 21 ini menyatakan rasa kurang setuju andai aplikasi tersebut disekat aksesnya di negara ini.
Jelas Imran, sebagai pengguna media sosial, semua harus melihat pengunaan aplikasi tersebut dari sudut positif dan perlu membezakan baik buruk.
“Sejujurnya, saya memang sukakan aplikasi TikTok dan saya sudah menggunakannya pada awal ia diperkenalkan.
“Malah sebelum ini, rakan memberikan gelaran tertertu kerana bermain TikTok. Nah, tengoklah sekarang, ia sudah menjadi salah satu platform untuk pemasaran jenama.
“Khasnya, kepada yang menjalankan perniagaan di media sosial,” katanya jujur.
Sebelum ini, ada negara seperti India yang menyekat penggunaan TikTok selepas pihak berkuasa negara itu memutuskan ia berpotensi mendedahkan kanak-kanak kepada kandungan yang tidak sesuai.
Malah, Amerika Syarikat kini juga sedang meneliti penggunaan aplikasi tersebut.
“Tidak dinafikan, ada sudut negatif mengenai pengunaan aplikasi ini, termasuk aplikasi sosial lainnya, akan tetapi alangkah lebih baik andai kita pandang dari sudut positif.
“Contohnya, ada juga video TikTok yang boleh beri inspirasi dan sebagainya. Bergantung juga kepada penerimaan individu.
“Cuma, bagi saya kurang setuju kalau aplikasi ini disekat di Malaysia kerana sedikit sebanyak ia mampu beri manfaat seperti apa yang telah kongsikan sebelum ini” katanya lagi.
Sementara itu bercakap mengenai kerjaya seninya yang baru saja bermula, Imran kini sedang menjalani pengambaran drama bersiri, Lelaki Lingkungan Cinta.
Turut sama terlibat di dalam drama terbitan Zeel Productions itu termasuk Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana dan ramai lagi.
Foto: Instagram Imran Aqil
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI