Pelakon dan pelawak, Achey memaklumkan mengenai perkembangan terkini isterinya, Nur Hasanah Yahya yang kini sedang menjalani proses persenyawaan in-vitro (IVF).
Menurut Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, isteri sudah pun menjalani prosedur memasukkan embrio matang di dalam tubuhnya.
Katanya lagi, ini merupakan proses yang paling penting dan harus diberikan perhatian yang lebih.
“Bismillah. Bermula dari bulan Ogos dan kini, proses penting telah tiba. Memasukkan embrio matang ke tubuh ibunya. Ketika ini sudah masuk ke fasa yang penting,” tulisnya
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh anggota kumpulan lawak, Bocey itu menerusi sebuah yang dimuat naik di Instagram.
Dalam pada itu, Achey turut memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan agar segala urusan isterinya itu dipermudahkan.
Ads
Kongsinya lagi, dia dan isteri mahu menjalani proses ini perasaan yang positif meskipun mengetahui risikonya agak besar.
“Mudah-mudahan berjaya. Doakan semoga proses ini berjalan dengan baik. Tak mudah proses ini. Positif kita jalani, positif kita dapat.
“Usaha sebaik yang boleh. Allah juga yang menentukan. Berjaya atau tidak, doakan kami terus kuat,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut mendoakan agar proses tersebut berjalan dengan lancar serta apa yang dihajati akan tercapai.
Ads
“InsyaAllah. Semoga dipermudahkan, berjaya dan sihat semuanya, balas pelakon, Ezzaty Abdullah.
“Ya Allah, kau permudahkanlah urusan mereka berdua. Kau berikanlah kekuatan dak kesihatan yang baik sepanjang perawatan mereka,” komen penyanyi, Isma.
“Yakin pada Dia. InsyaAllah. Segalanya dengan izinya,” balas pelakon Farah Ahmad.
Ads
“Moga Allah permudahkan urusan kalian,” ujar penyanyi,” Syura Badron.
Terdahulu, Achey mendirikan rumah tangga dengan Hasanah pada 2011.
Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Jasmine Suraya ada bertanya kepada peminatnya mengenai kesudahan drama bersiri, Bidadari Salju yang sudah pun berakhir baru-baru ini.
Mendukung watak sebagai Jeanny, bintang asal Sabah ini pada masa sama turut mendedahkan ada yang mengatakan wajahnya iras pelakon Oh Yoon Hee (Eugene) menerusi drama Korea, The Penthouse.
“So macam mana episode akhir Bidadari Salju? Ok tak? Haha, ramai kata yang I look like Eugene dalam Penthouse.
“Ha I found one photo yang mirip Eugene sikit. Kot2 la hahahha. Do we look alike?,” tulisnya dalam ruangan kapsyen di Instgaram.
Posting berkenaan sehingga kini mendapat hampir 20,000 tanda suka bersama ratusan komen.
Terdahulu, Bidadari Salju yang diarahkan oleh Reza Baharudin itu turu dijayakan beberapa pelakon popular lain seperti Adam Lee, Sweet Qismina, Nazrief Nazri, Syazuwan Hassan dan ramai lagi.
Foto: Instagram Jasmine Suraya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Shima Anuar meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Marian Sophia dan Mikhael Imaan bebas daripada wabak Covid-19.
Sebelum ini, bintang filem Highland Tower ini telah disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu meski tidak mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif penyakit tersebut.
“We’ve received their result this morning. Alhamdulillah they are all safe from Covid.
“This video was taken last Friday before pegi swab test. Dia dah check mommy dulu. Tp result dia bagi tak accurate langsung.
“Rindunya diorang. Tunggu sat naaa InshaAllah very soon we can play together again,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan selebriti mendoakan agar aktres jelita kembali sembuh dan sihat daripada wabak berkenaan.
MH mendoakan agar Shima kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.
Foto: Instagram Shima Anuar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Kaka Azraff tampil memberikan respon susulandakwaan sudah pun membawa haluan masing-masing bersama suami, Adam Azriff.
Tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan berkenaan, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, sebaliknya memohon dia diberikan ruang untuknya dan suami.
Malah jelasnya, fokusnya kini hanyalah terhadap anak-anak yang masih memerlukan perhatian dan kasih sayang.
“Terima kasih atas keperihatinan semua atas keadaan Kaka, Adam dan keluarga. Kami mohon doa semua moga beroleh tenang atas apa yang telah dilalui.
“Kami mohon ruang untuk bersama tiga cahaya mata kecil yang perlukan banyak perhatian,” kongsinya menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram, hari ini.
Kaka pada masa sama turut memohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan daripada beberapa pihak.
“Maaf sekiranya Kaka dan Adam tak dapat dihubungi untuk respon atas banyak pertanyaan anda. Salam sayang,” terangnya lagi.
Terdahulu, berita mengenai rumah tangga penyanyi Bukan Hal Aku ini yang didakwa sudah bercerai mula tersebar di media sosial, sejak Isnin.
Bagaimanapun setakat ini, Kaka memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara tersebut.
Difahamkan, mereka melakukan lafaz cerai berkenaan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, Selangor.
Imbas kembali, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 5, dan Aryan, 3, dan Atta Adam yang kini berusia 15 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!