Pengacara, Haziq Husni yang kini telah berjaya bergelar graduan meluahkan rasa gembira bersama para pengikut di laman media sosial Instagram.
Haziq berkongsi cerita mengenai perihal kedua orang tuanya yang berasa sangat gembira terhadap kejayaan yang dicapainya itu.
Menurut pengacara berusia 30 tahun ini lagi, kejayaan tersebut itu tidak akan dapat dikecapinya tanpa jasa dan doa kedua orang tua tersayang.
Pada masa sama, Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni mendedahkan dia anak paling nakal dan degil kepada kedua orang tuanya, sebelum ini.
“Aku takkan sampai sini tanpa doa dorang. Walaupun aku anak paling tak dengar cakap. Paling nakal.
“Dorang paling happy bila aku graduate sbb dorang x expect pun aku belajar sampai tahap ni,” tulisnya.
Terdahulu, Haziq telah berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana dalam pengurusan Pentadbiran Perniagaan di Kolej Poly-Tech Mara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.