Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous menzahirkan rasa syukur dan gembira apabila berpeluang sekali lagi khatam Al-Quran buat kali pertama pada tahun ini.
Aktres jelita berusia 39 tahun itu telah berkongsi kegembiraan itu bersama peminat menerusi satu perkongsian di akaun media sosial Instagram miliknya.
Tambahnya lagi dalam perkongsian tersebut, dia mahu mengabadikan kejayaannya itu sebagai satu kenangan buat dirinya.
“Alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT selesai khatam yang pertama untuk tahun ini (simpan disini utk kenangan ),” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat juga dilihat telah menitipkan ucapan tahniah atas kejayaan ibu kepada dua orang cahaya mata itu.
“Alhamdulillah…terbaik Datin,” tulis peminat.
“terbaik sis,” puji seorang wargamaya.
“Alhamdulillah,” tulis ringkas seorang peminat yang lain.
Imbas kembali, Fouziah sebelum ini pernah berjaya untuk khatam Al-Quran pada sambutan hari Nuzul Al-Quran, tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fouziah Gous