Pelakon, Norman Hakim memuat naik video ‘perpisahan’ dia bersama anaknya, Danish Hakim di laman Instagramnya, semalam.
Di ruangan kapsyen pula, Norman meletakkan bait-bait kata yang mampu menitiskan air mata sesiapa yang membacanya.
“Selamat berjuang Kekasihku..Sahabatku..Anakku Al-Hafiz Mohamed @danishhakim_243 .
“Ingat kami dalam doamu,dalam tasbihmu untuk dipermudahkan perjalanan kita semua yang membaca ini ke syurga. We love u Abang,” tulisnya.
Susulan itu, di ruangan komen dipenuhi dengan komen-komen netizen yang tersentuh melihat video itu.
Sebelum ini, Norman sudah acap kali menitiskan air mata disebabkan anak lelakinya itu. Pertama kali semasa menghantar Danish ke Turki untuk menyambung pengajian hafazan.
Kemudian, air matanya jatuh lagi semasa menyambut kepulang Danish di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Julai lalu.
Kesemua senario itu sememangnya membuatkan ramai netizen tersentuh dan mengalirkan air mata, dalam masa yang sama juga cemburu melihatkan keakraban keluarga tersebut.
Foto/Instagram: Norman Hakim