Dilahirkan dalam keluarga bangsawan Spencer, Lady Kitty Spencer merupakan anak saudara mendiang Puteri Diana. Ketika Puteri Diana meninggal dunia, Kitty baru berusia 7 tahun waktu itu. Walaupun hanya sempat bertemu ketika kecil, dia seringkali dikaitkan kerana memiliki aura kecantikan dan pandai bergaya seperti ibu saudaranya.
Merupakan seorang model dan juga jurucakap jenama, Kitty baru-baru ini telah melangsungkan perkahwinan pada 25 Julai 2021 dengan seorang jutawan dan usahawan berjaya, Michael Lewis, 62. Perkahwinan yang berlangsung di Rom, Itali itu dihadiri oleh keluarga, rakan selebriti dan sahabat terdekat pasangan ini.
Bila menyebut bab perkahwinan, pastinya busana menjadi satu perhatian dan juga perkara penting. Wanita berusia 30 tahun ini telah memilih untuk menggayakan lima busana untuk setiap majlis yang diadakan. Dan semestinya si cantik manis ini memilih Dolce & Gabbana. Ini bukan perkara menghairankan kerana beliau merupakan jurucakap global bagi jenama mewah asal Itali itu.
Jom kita saksikan lima stail busana perkahwinan yang digayakan oleh Lady Kitty Spencer.
Namun ada satu yang kurang dengan penampilannya. Kitty dilihat tidak mengenakan tiara The Spencer milik keluarganya yang dipakai oleh mendiang Puteri Diana ketika majlis perkahwinannya dengan Putera Charles. Walau apa pun sebabnya, hanya Kitty sahaja yang mengetahuinya.
Jadi rekaan Dolce & Gabbana mana yang anda suka?
Sumber gambar: Instagram Dolce & Gabbana