Tiada angin tiada ribut, penyanyi Ariff Bahran,23, rupa-rupanya sudah pun bergelar suami lebih tiga bulan lalu.
Ia susulan tindakan penyanyi berkenaan yang dilihat menyarungkan cincin lalu mencium dahi seorang wanita lengkap mengenakan gaun pengantin, sejurus membuat persembahan duet bersama Sarah Suhairi di malam kemuncak Anugerah Drama Sangat 2021 menjadi perhatian ramai.
Ariff dan Sarah membuat persembahan menerusi lagu Bicara Rasa.
Bagaimanapun, perkara itu terjawab selepas hos, Nabils Huda dan Ain Edruce mendedahkan, wanita dikucup Ariff ialah isteri bintang terbabit.
Ads
“Gadis yang dicium oleh Ariff tadi sebenarnya, adalah isterinya. Dia dah berkahwin sejak tiga bulan lalu, namun, tak diuar-uarkan kerana situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Nabila.
Ariff sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan rakan duetnya itu, namun masing-masing menegaskan hubungan mereka tidak lebih sebagai rakan sesama artis.
Ads
Sementara itu, Ariff setakat ini belum memberikan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.
Cuma, pada profil akaun Instagram rasminya, ia sudah pun tertera ‘singer/songwriter/husband’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Amy Mastura ada berkongsi foto lamanya yang dirakam kira-kira 19 tahun lalu apabila diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri kepada lelaki pujaan hati, Alvin Tham Suffian.
Foto tersebut dikongsikan Amy sebagai simbolik kepada ulang tahun perkahwinan yang hampir menjelang usia dua dekad.
Berkongsi entri bersama kapsyen yang ringkas dan padat menerusi Instagram Jun lalu, ia bagaimanapun sudah jelas bagi menggambarkan kebahagiaan serta keharmonian rumah tangga penyanyi Sha Na Na ini.
“Nak bersyukur. Itu jer,” kongsi Amy. Meski tidak berkongsi kapsyen dengan lebih ditil, kebanyakan peminat mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat pasangan berkenaan.
Malah, rakan selebriti turut memberikan dedikasi sama terhadap bintang senior berusia 48 tahun itu.
Amy dan Alvin mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan hasil perkongsian hidup, rumah tangga pasangan berkenaan diserikan kehadiran dua puteri, Adriana, 18, dan Adalia, 15.
Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai isu kualiti vokal ‘founder’ (pengasas) produk yang tampil dengan lagu sendiri sehingga didakwa sebagai perosak industri muzik tempatan.
Tampil menyangkal dakwaan tersebut, usahawan Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida berkata, kehadiran dia misalnya bukanlah bertujuan untuk merosakkan industri.
Sebaliknya, Vida meminta semua pihak agar bersikap lebih terbuka dalam memberi ruang dan peluang kepada mana-mana individu yang berkeinginan untuk mengeluarkan lagu.
“Penyanyi dulu pun bukan dari asal suara sedap… dia nyanyi satu lagu lepas itu dah improved. Suara saya pun dah improved.
“Lagu saya Ku Ikhlaskan, mana ada penyanyi di Malaysia yang dapat spark macam itu tapi saya dapat (sehingga lagu itu menjadi popular) dan lagu ini bukan genre untuk viral, it’s a serious song dan suara saya sedap.
“Tiada orang di Malaysia ada benchmark itu. Ini bukan zaman tok kaduk dah, jangan duduk bawah tempurung… kena buka minda dan menerima benda itu untuk dijadikan pengajaran jika ia baik untuk dicontohi.
“Autotune pun tak kisahlah, (kita) gunalah teknologi yang ada!” kata Vida kepada MH.
Vida ditemui pada majlis pelantikannya sebagai ikon barangan kemas Foo Bao Sdn Bhd yang diadakan bersempena Penang Signature Gold & Jewellery Fair 2022 (PSG 2022), berlangsung di Pusat Konvensyen Setia Spice, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Jumaat.
Terdahulu, menerusi sebuah portal berita, penyanyi dan vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie meluahkan kekesalannya apabila industri muzik kini seakan-akan ‘dilacurkan’ oleh individu yang tidak mempunyai jiwa seni, sebaliknya hanya bermodalkan wang ringgit semata-mata.
Walaupun Awie tidak menyebut nama mana-mana individu secara spesifik, namun rata-rata netizen berpendapat ia ditujukan kepada pengasas-pengasas produk yang pernah tampil dengan single sendiri seperti Datuk Seri Aliff Syukri dan Vida.
Dalam perkembangan lain, Vida berbesar hati apabila keunikan imej yang sering dibawakannya menarik minat pengeluar jenama barangan kemas, Foo Bao Sdn Bhd untuk bekerjasama dengannya.
“Saya sering tampil dengan aksesori yang besar-besar dan unik dan hari ini saya dilantik untuk menjadi duta untuk memperkenalkan jenama ini. Hari ini sahaja saya diselaputi dengan barangan emas yang bernilai lebih daripada RM500,000.
“Untuk koleksi kali ini pun mereka tampil dengan rekaan khas bertemakan Only You yang mana ia tampil dengan design yang bulky, sesuai dengan imej yang sering saya tampilkan sebelum ini,” katanya.
Pameran PSG 2022 yang menghimpunkan jenama barangan kemas dari seluruh negara berlangsung dari Jumaat hingga Ahad ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tidak merasakan dirinya itu sudah terlambat untuk memulakan gaya hidup yang sihat meskipun usianya kini telah mencecah 43 tahun.
Jelas Fazley, setiap hari dia akan berlari sejauh 20 kilometer dan diikuti pula dengan aktiviti angkat berat enam kali seminggu.
“People kept asking why am I running 20km daily and why am I lifting weights 6 days week? Ada progress ke? Nampak kesan ke? Kan dah 43 tahun , 4 orang anak, tak terlambat ke?,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Bila April itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, meskipun corak latihannya itu agak memenatkan, namun, Fazley menjelaskan dirinya harus kekal konsisten bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal.
“Well.. truth be told. Memang penat, kena jaga makan, to be consistent on #Keto diet, berlari berpeluh-peluh pagi petang, angkat besi berat sampai semput tapi semua tu pengorbanan untuk kekal sihat.
“Lebih baik berusaha untuk kekal sihat daripada tiada usaha untuk kempiskan perut yang semakin penuh lemak tepu. Betul ke salah?,” ujarnya lagi.
Fazley turut menambah, dia lebih rela berusaha untuk kekal sihat daripada membiarkan berat badannya bertambah begitu sahaja.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Datuk Fazley itu selain turut menyifatkan rutin tersebut wajar untuk dicontohi.
“Never too late to start anything your hearts desire and succeed it bro. Keep ot up.
“Mu dear friends DatukFazley, you’re very focused and such a disciplined person. You’re awesome.
“I believe nothing is ever too late. Age does not determine our achievement. It’s our mind and attitude that determine it,” antara reaksi yang ditinggalkan oleh peminat di ruangan komen.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
"Tak baik, mengapa mesti nak melontarkan kata-kata negatif kepada orang lain? Sebelum kita nak kata orang ‘bisa’, muka kita pun ‘bisa’.”Demikian kata selebriti versatil,...