Tiada angin tiada ribut, penyanyi Ariff Bahran,23, rupa-rupanya sudah pun bergelar suami lebih tiga bulan lalu.
Ia susulan tindakan penyanyi berkenaan yang dilihat menyarungkan cincin lalu mencium dahi seorang wanita lengkap mengenakan gaun pengantin, sejurus membuat persembahan duet bersama Sarah Suhairi di malam kemuncak Anugerah Drama Sangat 2021 menjadi perhatian ramai.
Ariff dan Sarah membuat persembahan menerusi lagu Bicara Rasa.
Bagaimanapun, perkara itu terjawab selepas hos, Nabils Huda dan Ain Edruce mendedahkan, wanita dikucup Ariff ialah isteri bintang terbabit.
“Gadis yang dicium oleh Ariff tadi sebenarnya, adalah isterinya. Dia dah berkahwin sejak tiga bulan lalu, namun, tak diuar-uarkan kerana situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Nabila.
Ariff sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan rakan duetnya itu, namun masing-masing menegaskan hubungan mereka tidak lebih sebagai rakan sesama artis.
Sementara itu, Ariff setakat ini belum memberikan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.
Cuma, pada profil akaun Instagram rasminya, ia sudah pun tertera ‘singer/songwriter/husband’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini .