Ralit Catwalk Tiba-Tiba Tok Ram Balik, Terhibur Tengok Gurau Spontan Suami Isteri ;“Berkali-Kali Repeat Tengok.”

Share

Satu perkongsian daripada penyanyi Datin Alyah mencuri perhatian peminat apabila gurauan spontan yang dirakam bersama suami membuatkan ramai terhibur.

Menerusi video yang dihasilkan menerusi TikTok dan dikongsikan kembali menerusi Instagram itu, Alyah sedang berjalan sambil mengenakan persalinan kaftan hijau dari jenamanya, Labeesa.

Bagaimanapun, ‘catwalk’ Alyah terhenti kerana suaminya, Datuk Ramli MS tiba-tiba pulang.

“Kau tengah best beat buat project @labeesahq tiktok kau. Skali Tuan besar balik dah. Kau terpaksalah berlakon gelak-gelak manjah gituew. Sib baik dia puji baju lawo hehehe,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama mengusik pasangan ini sambil mendoakan kebahagiaan mereka.

“Berkali-kali dok repeat tengok,” komen peminat.

“Kenapa kita pula ukang-ulang video ni ha. Adoooi bab kena bahan tengah-tengah catwalk sekali tok laki balik. Adoooi,” komen seorang peminat lainnya.

“Penuh semangat Tok Ram puji baju Datin. Chantikk,” tulis peminat.

“Comel betullah,” antara komen yang ditinggalkan peminat.

Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 90,000 kali.

 

Published by
MH