Pelakon dan penyanyi, Kilafairy yang kini gigih membangunkan perniagaan makanan tambahan miliknya, KILAFIT mempunyai pandangan tersendiri terhadap istilah seksi, yang sering dikaitkan dengan dirinya.
Bagaimanapun kalau diperhatikan penampilan anak kepada penyanyi era 1980-an, Rohana Jalil ini menerusi media sosial khasnya Instagram sudah pun berubah dan berbeza dari apa yang pernah dilihat sebelum ini.
Lalu ada yang mengandaikan, perubahan imej Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan ini disebabkan hatinya yang sedang berbunga bersama jejaka bernama Sa’aid Umar Aiman dan kononnya mereka sedang menuju ke fasa perkahwinan.
Ditanya akan perkara tersebut, empunya diri mempunyai penjelasannya.
A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
“Pastinya perubahan itu seiring dengan kematangan diri. Ia seperti isyarat atau panggilan kepada diri sendiri. Dalam hidup ini kita sentiasa berusaha mahu jadi lebih baik dan memperbaiki diri.
“Step by step… insyaAllah. Berkat doa ibu bapa juga. Sempena tahun baharu, 2020 ini saya mahu mulakan sesuatu yang segar dan bersih.
“Saya cuba elak atau tak mahu lagi orang di luar sana nampak diri ini dengan terjemahan seperti … oh badan dia cantik mahupun seksi!,” ungkap Kilafairy.
Pada masa sama, penyanyi lagu Put The Word In ini juga kian selesa andai mereka di luar sana melihatnya daripada sudut bakat dimiliki selain usaha untuk terus menjadi usahawanita berjaya.
Ads
“Saya mahu memberi contoh yang baik kepada penyokong dan mereka yang menggunakan KILAFIT. InsyaAllah.
“Saya mahu jadi insan yang lebih baik. Sebenarnya sudah tujuh bulan saya cuba menjaga penampilan dan sebagainya. Lagipun saya bukan makin muda.
“Lebih mengujakan perkara ini tanpa diduga membuka mata sendiri dan pasukan KILAFIT mengenai visi dan misi perniagaan kami,” katanya optimis.
Malah, perubahan imejnya itu juga seiring dan selaras dengan apa yang mahu diperjuangkan dengan produk yang diusahakan.
A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
Ads
“Saya bukan saja sayang dan kasihan dengan haiwan. Namun turut bersimpati dengan orang dan persekitaran yang melanda dunia. Termasuk isu umat Islam Uighur di China yang ditindas dan krisis kebakaran hutan di Australia baru baru ini. Serta terbaru isu Coronavirus yang menggemparkan dunia.
A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
“Jadi berbalik kepada situasi sendiri terutama apabila Mama (Rohana Jalil) berdepan kesan sampingan yang teruk daripada produk yang digunakan, saya yakin hal sama juga terjadi kepada orang lain hingga menjadi mangsa.
“Maka sebab itu juga saya bangkit memulakan perniagaan KILAFIT sejak setahun lebih yang lalu kerana mahu berikan solusi penurunan berat badan terbaik tanpa kesan sampingan.
“Alhamdulillah misi itu berjaya dicapai menerusi testimoni yang menggunakan produk saya secara konsisten. Pelanggan dan pengguna produk sayaboleh turun berat badan dengan selamat secara purata 8 kilogram dan lebih dalam tempoh sebulan ,” katanya.
Ads
Tambahnya lagi, soal menjaga penampilan, bentuk badan mahupun kecantikan bukan semata mata dilihat daripada luaran dan dia sendiri takut melihat mereka yang berdepan kesukaran dan kesusahan ketika bergelut dengan masalah kesihatan.
“Kesannya hingga perlu kerap ke hospital atau klinik untuk mendapat rawatan. Bil perubatan sekarang pun melambung tinggi hingga ada yang tak mampu membayarnya.
“Berbalik kepada KILAFIT, kami bukan mahu menjual ‘seksi’ atau perlu kurus semata mata, sebaliknya nak bantu mereka di luar sana yang ada masalah kesihatan dan mengharapkan masa depan yang lebih baik. InsyaAllah.
“Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Kurus atau seksi itu cukup subjektif dan mungkin dilihat penting untuk meningkatkan keyakinan diri bagi sesetengah daripada kita.
“Namun di KILAFIT tiada gunanya semua itu jika kesihatan dalaman tidak dijaga. Keseimbangan dalaman dan luaran itu paling penting.
“Itulah juga misi dan azam KILAFIT pada tahun ini serta mendatang. Ia juga seiring dengan imej saya kini. Tagline KILAFIT juga menekankan peri penting Versi Terbaikmu.
“Bukan sahaja daripada sudut kesihatan, tapi bantuan khalayak ramai menerusi sudut taraf kehidupan melalui platform usahawan Agen & Stokis KILAFIT ,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas viral isu vokalis kumpulan Seventeen, Ifan yang ditangkap berkhalwat bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Citra Monica di sebuah pangsapuri minggu lalu, Citra beberapa hari lalu akhirnya memberikan penjelasannya mengenai apa yang berlaku.
Menurutnya seperti yang dipetik menerusi Instagram yang menggunakan akaun lambe_turah, wanita berkenaan sejujurnya mengakui sudah lama berpisah dengan bekas suami.
Malah, tiada apa-apa aksi ‘tidak senonoh’ berlaku di antara mereka berdua.
“Assalamualaikum saya Citra Monica di sini saya ingin jelaskan mengenai video yang tular kini. Ifan memang sedang berada di apartmen saya bagi menumpang solat.
“Kami tidak berdua dan tiada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba bekas suami saya datang dengan orang ramai yang membawa kamera.
“Di sini saya ingin jelaskan sekali lagi saya dan bekas suami sudah lama duduk berasingan.
“Secara agama pun, kami sudah berpisah sebanyak tiga kali sejak 2015 hanya secara hukum sedang menantikan keputusan rasmi dari pihak mahkamah.
“Untuk itu saya mohon maaf kepada Ifan sebagai tetamu dan terlibat dalam masalah ini. Sekian penjelasan saya, assalamualaikum,” katanya seperti yang dipetik.
Difahamkan, keduanya telah lama saling mengenali kerana belajar di institusi pengajian sama.
Malah, video penjelasan dari pihak ibu Monica turut dimuat naik menerusi YouTube.
Terdahulu, Ifan atau nama sebenarnya, Riefan Fajarsyah kehilangan isteri, Dylan Sahara dan tiga anggota kumpulan Seventeen sdalam kejadian tsunami Anyer, Banten.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang popular era 90-an, Noralbaniah menjelaskan dirinya tidak bekerja sebagai tukang cuci (cleaner) sekaligus menepis dakwaan segelintir pihak.
Menurut Noralbaniah, dia masih lagi berlakon sehingga kini seperti biasa, cuma jarang berkongsi mengenai aktiviti seninya itu di media sosial.
“Saya mahu jelaskan saya bukan ‘cleaner’, saya berdiam diri sebab memang itu perangai saya. Saya pernah tulis sekitar empat atau lima tahun lalu, saya makan di restoran mewah pun saya tak cakap, makan bawah jambatan pun tak beritahu.
“Ya saya pernah hidup susah dulu. Mungkin disebabkan saya hanya muat naik apa yang penting saja di media sosial. Saya orang lama, bukan macam budak zaman sekarang.
“Sebenarnya saya orang lama yang tidak aktif di media sosial. Saya tidak banyak memuat naik perkembangan saya di media sosial, meskipun saya sedang menjalani penggambaran,” katanya.
Dia bagaimanapun menghormati setiap profesion mana-mana individu dalam mencari rezeki.
Noralbaniah berkata demikian ketika ditemui di Majlis Tayangan Filem Vik2ria Secret, baru-baru ini.
Malah pada masa sama akui, disebabkan jarang memuat naik perkembangannya itu, ramai yang menyangka Noralbaniah tidak lagi berlakon, sedangkan dia masih lagi menjayakan drama-drama tempatan.
“Baru-baru ini saya menjayakan drama Surat Cinta Untuk Jannah siaran TV Alhijrah. Tapi saya akui sebelum ini ada juga media yang menelefon saya bertanya mengenai isu ‘cleaner’.
“Saya belum lagi buat video menjelaskan perkara sebenar, tunggulah saya menjelaskan nanti bahawa saya bukan cleaner menerusi sebuah video.
“Sebenarnya orang salah anggap gambar saya berikutan iklan di lapangan terbang yang mana bertujuan memberi kesedaran menjaga kebersihan tandas.
“Tapi ada yang salah anggap, ada yang telefon saya nak berikan tawaran lakonan, tapi ragu saya boleh bekerja atau tidak.
“Bulan lalu pun ada saudara pun tegur benda sama, katanya kasihan pada saya. Ini semua adalah salah faham,” katanya sekaligus menjelaskan situasi sebenar.
Sekadar informasi, Albaniah memulakan kerjaya lakonan pada 1989 pada usia 19 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, isu rumah tangga pelakon, Sharnaaz Ahmad dan Nabila menjadi perbualan di laman media sosial.
Semuanya gara-gara status mereka yang dikongsi menerusi media sosial masing-masing hingga menimbulkan spekulasi.
Lalu ada segelintir netizen yang memberi kecaman dan pendapat berbaur negatif kepada Sharnaaz di laman media sosial Twitter.
“Sharnaaz Ahmad ni dulu waktu Fattah frust dengan Lofa kemain la dia mengata back up adik beradik bini dia tu.
“Sekarang dh kena batang hidung boleh tahan jugak tengok dia meroyan kat igs. Siap nak keluaq buku puisi jugekkk” tulis netizen.
Sharnaaz Ahmad ni dulu waktu Fattah frust dengan Lofa kemain la dia mengata back up adik beradik bini dia tu. Sekarang dh kena batang hidung boleh tahan jugak tengok dia meroyan kat igs. Siap nak keluaq buku puisi jugekkk ?
Lantas, twit tersebut telah dijawab oleh Sharnaaz dengan memberi nasihat kepada individu tersebut.
“Sabar, belum masa awak diuji.. nanti bila sampai jangan tanya kenapa aku diuji.. ni semua ada sebab, dosa silam kita tak nampak dan sedar, Allah bayar cash.. sabar ye cik masa awak akan tiba nanti” tulisnya.
Sabar, belum masa awak diuji.. nanti bila sampai jangan tanya kenapa aku diuji.. ni semua ada sebab, dosa silam kita tak nampak dan sedar, Allah bayar cash.. sabar ye cik masa awak akan tiba nanti. https://t.co/e1ya0TAWuL
Rata-rata netizen mendoakan rumah tangga Sharnaaz dalam keadaan yang baik baik sahaja dan mengharapkan segala urusan dipermudahkan.
Sebelum ini, kecoh di laman media sosial mengatakan Sharnaaz menghadapi masalah rumah tangga bersama isterinya. Namun, sehingga kini tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak mengenai isu ini.
Untuk rekod, Sharnaaz telah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila pada 31 Mac 2017 dan telah dikurniakan satu cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad.
Foto : Twitter Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!