Hiburan

“Berkat Doa Semua & Ramadan,” – Isteri Selamat Bersalin Selepas Alami Komplikasi, Daler Yusuf Sambut Anak Ke-4

Share

Pelakon, Daler Yusuf memanjatkan rasa syukur selepas isterinya, Sakinah Burukul telah selamat melahirkan cahaya mata keempat selepas menjalani pembedahan caesarean kecemasan pada Selasa.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Daler atau nama sebenarnya, Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad menerusi sebuah hantaran di Isntagram.

“Syukur Alhamadulillah. Berkat doa semua dan bulan Ramadan ini. Pembedahan caesarean berjalan lancar,” tulisnya.

Pada masa sama, pelakon drama Marry Me Seniorita itu turut memaklumkan isteri dan anaknya itu kini berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah baby dan isteri saya sihat. Terima kasih atas doa-doa semua. Kami sangat bersyukur kerana dikurniakan cahaya mata pada bulan Ramadan. Moga jadi anak yang soleh dunia akhirat,” kongsinya lagi.

Terdahulu, menerusi satu hantaran di Instagram pada Selasa, Daler memaklumkan isterinya itu terpaksa menjalani pembedahan caesarean kecemasan selepas kandungannya dikatakan berada dalam keadaan terbalik.

Katanya lagi, sekiranya komplikasi itu tidak diselesaikan segera, keadaan jantung bayi mungkin akan bermasalah.

Sebelum ini, Daler mengejutkan peminat apabila mendedahkan sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan Sakinah.

Hasil perkahwinan itu mereka
dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Yusuf, 10, Amira, 8, dan Abu Bakar, 5 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.
Published by
Aizam Manaf