Usahawan yang juga teman kepada Puteri Sarah, Azlin Hilda Abdul Latif terkenang momen pelakon itu bersama suaminya, Syamsul Yusof yang bertandang ke kediamannya bagi berbincang mengenai penyelesaian kemelut rumah tangga mereka.
Azlin menjelaskan, situasi pertemuan tersebut berjalan dengan baik dan tenang.
Kenyataan tersebut dikongsikan ahli perniagaan yang juga pengasas produk Bodyflasshh itu menerusi hantaran di Insta Stories yang berlatarbelakangkan foto pasangan selebriti itu.
“Sedih pula tengok adik-adik saya dalam gambar ni. Malam tadi diaorang discuss pun di rumah saya.
“Berkat Ramadan discussion tu tenang dan diaorang boleh gelak-gelak lagi.
“Perancangan Allah adalah sebaik-baik dan Sarah berhak mengejar bahagianya sendiri. Doa
kami semua mengiringimu,” tulisnya.
Hantaran tersebut turut dikongsikan kembali Puteri Sarah menerusi status Insta Stories di Instagram miliknya.
Terdahulu, pada Isnin, Syamsul Yusof, 39, akhirnya bersetuju untuk lafaz cerai terhadap isteri pertamanya pelakon Puteri Sarah, 38, pada 18 April depan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Syamsul dan Puteri Sarah sepatutnya mendengar sebutan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes permohonan cerai itu, pada hari yang sama.
Bagaimanapun, JKP terbabit dianggap selesai selepas pertemuan dan perbincangan kata sepakat dibuat mereka.
Imbas kembali, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI