Menjadikan angka 11 sebagai simbolik cinta abadi, pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin telah meraikan ulang tahun perkahwinan ketiga, 11 November lalu.
Kegembiraan tersebut dikongsikan pasangan ini apabila menikmati makan malam romantik (candle light dinner) di sebuah resort di Pulau Pinang.
“HAPPY 3rd ANNIVERSARY sayangku @aamyrarosli .
“Alhamdulillah, Subhanallah, Syukur pada Mu Ya Allah
“Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang melanjutkan lagi usia perkahwinan kami ini agar dapat menikmati kurniaan Mu dan menambahkan amal ibadat kami buat bekalan di sana nanti.
“Ya Allah, kami mohon pada Mu, berkatilah perkahwinan kami, kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal, anak-anak yang soleh dan solehah, nikmat kesihatan fizikal dan mental agar dapat kami menjalankan amal ibadat kami dengan sempurna,” tulisnya sambil disertakan hashtag gabungan nama #Amyramar.
Tidak hanya berdua, Aqeef Anaqi yang juga permata sulung mereka turut sama menghiburkan dalam meraikan ulang tahun tersebut.
Sementara itu,bintang drama Cemburu Seorang Perempuan ini turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan keluarga kecil yang bahagia.
“Ya Allah… Kami bersyukur kepadaMu yg telah memanjangkan jodoh kami sehingga kesaat ini.
“Kekalkanlah nikmatMu ini keatas kami & jadikanlah kami berdua suami isteri di dunia & akhirat,” doanya.
Dalam perkembangan lain, Amyra kini hamil anak kedua yang berusia 24 minggu.
Manakala, anak sulung,Aqeef Anaqi kini berusia dua tahun.
Imbas kembali, Amar menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 1,111 kepada Amyra manakala wang hantran pula RM50,000.
Pasangan ini bernikah pada 11 November 2016 di Hotel Premiera,Kuala Lumpur.
Foto/Video: Instagram Amyra Rosli,Amar Baharin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI