Tahniah diucapkan buat pelakon Raja Afiq yang kini sah bergelar suami kepada anggota polis yang juga penyanyi baharu, Soffwany Yusoff, 31, pada Sabtu dengan sekali lafaz.

Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohamad Yusoff Lebai Hamzah di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor pada pukul 9 pagi.

Majlis pernikahan diadakan secara tertutup dihadiri oleh keluarga terdekat.

Pada majlis itu, Raja Afiq menyerahkan wang hantaran berjumlah RM15,000, mas kahwin sebanyak RM1101 beserta lima dulang dan dibalas dengan tujuh dulang pihak perempuan.

Ads

Pasangan ini kemudiannya diraikan dalam satu majlis sederhana untuk kenalan dan media di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Sementara itu, pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz ini bersyukur apabila pernikahan mereka dipermudahkan.

“Alhamdulillah syukur dipermudahkan semuanya, memandangkan sekarang kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, jadi kita adakan majlis pernikahan mengikut prosedur operasi standard.

Ads

“Biarpun perkenalan kami singkat, jodoh itu kuat mendekati kami.

“Kami berkenalan sejak hujung tahun lalu. Rapat dalam awal tahun ini, ” katanya seperti yang dipetik mStar.

Ads

Raja Afiq atau nama sebenar Raja Muhammad Afiq Raja Razali dan bekas peserta program Suara Viral ini akan berbulan madu di Pulau Langkawi.

Ditanya mengenai cahaya mata, Raja Afiq berkata mereka tidak merancang dan bersedia menerima rezeki itu pada bila-bila masa.

Foto: mStar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI