Penyanyi Dayang Nurfaizah akui terkesima apabila dipelawa oleh penyanyi Indonesia, Datuk Seri Rossa untuk berduet bersama ketika konsert Divas & Diamond 2024 yang bakal berlangsung pada 7 September depan.
Menurut Dayang, dia sebenarnya sudah lama memasang impian untuk berkongsi pentas dengan Rossa dan akhirnya hasratnya itu tercapai.
“Saya sebenar agak terkejut juga bila Rossa sendiri yang ajak berduet ketika konsert nanti. Ia satu penghargaan buat saya.
“Kami belum pernah berbincang dan kami difahamkan hanya akan membuat persembahan mengikut slot masing-masing.
“Bila Rossa ajak berduet, saya jadi kecut perut. Rasa macam tak percaya. Betul ke apa yang saya dengar ni?
“Saya memang nak berduet tapi takut nak bertanya. Jadi, ia seperti mimpi jadi kenyataan. Ia adalah peluang dah memori buat saya,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Di Pintu Syurga itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media konsert ‘Divas & Diamond 2024’ yang berlangsung di Majestic Hotel, Kuala Lumpur pada Isnin.
Ditanya sama ada dia juga berhasrat untuk mengadakan konsert solo seperti rakan-rakan seangkatan yang lain, Dayang memaklumkan perkara itu mungkin akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.
“Setiap penyanyi akan ada keinginan nak buat konsert sendiri. Ketika ini pun ramai artis yang mengadakan konsert solo. In sha Allah saya akan adakan konsert nanti tapi masih belum tahu bila masanya.
“Tawaran untuk mengadakan konsert itu memang ada. Tipulah kalau tiada. Nanum, saya nak buat perancangan rapi. Kalau nak buat konsert, saya nak berskala besar.
“Sebelum ini, konsert saya berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas atau Istana Budaya. Walaupun besar tetapi terhad. Jadi, saya harap peminat bersabar dahulu.
“Saya kini nak fokus menyelesaikan album baharu yang sudah pun 90% siap. Barulah ada tujuan kalau nak buat konsert nanti,” ujarnya lagi.
Diminta mengulas mengenai album, Dayang memaklumkan dia berjaya mendapatkan kerjasama dengan komposer baharu dan lama.
“Album saya bakal mengandungi lagu-lagu baharu semuanya. Bilangan lagu juga banyak. Album ini tertangguh kerana sebelum ini saya fokus dengan album Belagu 1 dan Belagu 2.
“Lagu-lagu kali ini mendapat sentuhan Ajai dan beberapa komposer baharu. Saya juga mahu kekal relavan namun, album tetap seimbang.
“Yang penting lagu-lagu itu semua memang kena dengan jiwa saya,” akhirinya.
Terdahulu, selain Dayang dan Rossa, konsert Divas & Diamonds 2024 turut menampilkan penyanya senior, Datuk Jamal Abdillah dan seorang lagi artis yang masih dirahsiakan.
Konsert ini bakal berlangsung di Arena Larkin, Johor Bharu dan tiket muda dijual pada harga RM288 sehingga RM888.
Lima peratus daripada hasil penjualan tiket akan disumbangkan buat mangsa negara bergolak Palestin yang akan disalurkan terus kepada pihak kedutaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelakon dan pensyarah, Dr. Norzizi Zulkifli meluahkan rasa sayu apabila mengenang kembali saat bapanya, Allahyarham Datuk Zulkifli Zain menghembuskan nafasnya yang terakhir genap seminggu yang lalu.
Menurut Dr. Norzizi, hatinya dikatakan berasa sangat berat untuk mengharungi hari tersebut kerana segala memori pada ketika itu seakan muncul kembali.
“Gambar March 2020. Today- Sekarang 5:45 petang. Masuk waktu ini, hati saya mulai berdebar dan saya rasa lutut saya mulai menggeletar melalui hari ini Sabtu mulai jam 5:30-7:20 malam.
“Kerana waktu inilah minggu lalu di rumah saya suap Papa makan dan saya angkat dia ke katil dalam 5:30 pm.
“Kemudian dalam 5:52pm adik saya @zazleenzulkafli panggil saya dan kelihatan Papa macam penat dan kemudian nafasnya tenang.
“Saya disisi melakukan apa sepatutnya dan sempat baca Yassin sekali dan kemudian saya rasa Papa dah pergi!,” katanya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pensyarah Fakulti Filem, Teater & Animasi Uiversiti Teknologi Mara itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Tambah Dr. Norzizi lagi, pada ketika itu, dia tidak sempat untuk bersedih kerana sibuk menguruskan jenazah bapanya itu.
“Lepas nafas dan azan Maghrib berkumandang. Saya rasa surreal semuanya! Saya tenang, tak panik dan tak sempat nangis pun, dan mula menguruskan segala urusan.
“Segalanya terlalu pantas! Saya betul-betul tak sangka ianya sebuah pemergian yang begitu mudah!
“Today melalui waktu-waktu yang sama barulah saya rasa berdebar, kecut perut semualah rasa datang mengingati moment bermakna itu! Al Fatihah buat Papa di hari ke 7! Senja Berulang Rindu!,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan takziah selain turut mendoakan semoga Allahyarham Zulkifli ditempatkan di kalangan orang beriman.
Allahyarham Zulkifli menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 4 September lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit di kediamannya di Ukay Perdana, Hulu Klang.
Sumber: Instagram Norzizi Zulkifli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mencuri perhatian ramai selepas beberapa foto dan videonya di tanah suci mulai tular di media sosial, usahawan sensasi Nursajat ada berkongsi beberapa gambar terbaru di Instagram.
Malah, usahawan yang pernah mengeluarkan single berjudul Makhluk Penggoda ini turut memuat naik kata-kata berbentuk motivasi di Platform sama.
Selain turut memuat naik video berkaitan menerusi Insta Stories, Sajat bagaimanapun menyekat akses komen di platform sama terhadap beberapa fotonya yang dikemas kini.
Foto: Instagram Nur Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!