Uncategorized

‘Berkongsi Gambar Dengan Suami Adalah Normal’ – Mia Ahmad

Share

Pelakon wanita yang mula meningkat naik namanya dalam industri seni tanah air bermula daripada drama Hati Perempuan, Mia Ahmad, dilihat semakin hari semakin bahagia bersama suami tersayang.

Mia Ahmad atau nama sebenarnya Samihah binti Ahmad Baderi telah mengakhiri zaman bujangnya pada awal tahun ini bersama jejaka pilihan hatinya, Izham Tarmizi (pemain bola sepak negara).

Di zaman yang penuh dengan kemodenan gajet sekarang ini, setiap daripada kita suka berkongsi kehidupan peribadi di alam maya.

Mia juga turut tidak ketinggalan dengan arus moden ini dan sering berkongsi gambar peribadinya di laman sosial.

Walau bagaimanapun ada yang memberikan komen bahawa pelakon wanita ini sengaja mahu menunjuk-nunjuk kebahagiaannya apabila dia berkongsi gambar bersama suaminya.

“Bukanlah niat saya untuk mempamerkan kebahagiaan, bagi saya berkongsi gambar dengan suami itu adalah normal. Selagi saya tiada niat menunjuk-nunjuk rasanya tiada masalah.

 

“Pada masa yang sama memang ada peminat yang menunggu (perkongsian gambar) tetapi tidaklah selalu saya kongsi gambar dengan suami di media sosial,” katanya.

Walaupun dia sering dilemparkan dengan kritikan-kritkan negatif namun dia dan suami tidak tidak terkesan dan enggan mengambil kisah dengan komen negatif daripada netizen.

“Saya memang tidak ambil kisah pandangan negatif itu selagi tahu niat sebenar saya berkongsi gambar.

 

“Malah suami juga tidak kisah dengan komen-komen negatif ini, dia juga seperti saya tidak mahu ambil peduli,” jelasnya.

Kadangkala mulut orang memang sukar untuk kita tutup daripada melemparkan kata-kata negatif.

Bagi Mia kritikan memang tidak akan pernah berhenti kerana selagi dia bergelar artis pasti akan ada komen-komen seperti ini hinggap kepadanya.

“Kadang kala jika seseorang artis itu tidak berkongsi gambarnya dengan suami ada pula spekulasi yang mengatakan (rumah tangga) mereka bermasalah.

 

“Apabila berkongsi gambar dikatakan menunjuk-nunjuk pula, tentunya dalam keadaan ini saya tidak mungkin boleh puaskan hati semua pihak,” ujarnya.

Sabarlah Mia, dah memang menjadi lumrah setiap apa yang dilakukan oleh seseorang artis itu sentiasa akan mendapat perhatian daripada netizen.

Sumber: Utusan Online

Published by
Izzati Ramli