Bersempena dengan ulang tahun kelahiran, pelakon Datuk Fizz Fairuz telah menerima satu kejutan istimewa daripada isteri tercinta, Datin Almy Nadia.
Malah, Fizz juga turut berkongsi momen kejutan saat menerima beg idaman itu sambil menitipkan ucapan terima kasih kepada Almy yang sentiasa bersamanya sehingga kini.
“Tiada seindah kata yg dpt di ungkapkan selain ucapan terima kasih love @almynadiaofficial.
“Terima kasih bersama papa selama kita disatukan. Papa tahu tahun 2020 pahit buat mama, tapi sentiasa di sisi mama.
“Alhamdulilah, masih diberikan nafas utk meneruskan kehidupan dan menjalankan kebajikan kepada family.
“InsyaAllah ada sesuatu yg baru utk kita nanti, moga dipermudahkan segalanya, amin,” tulis Fizz.
Sementara itu, Almy yang turut memuat naik video berkaitan turut menzahirkan rasa buat suami tercinta.
Almy mendoakan agar suaminya itu dimurahkan rezeki, panjang umur dan berjaya dalam apa sahaja perkara yang dilakukan.
“Selamat hari jadi love. Mama doakan love murah rezeki, mama doakan love panjang umur, mama doakan love berjaya dgn apa yg love nak buat.
“Mama sentiasa ada di belakang dan di depan love igt sampai bila2 biar kita susah dan senang bersama. Love, mama tahu, love bnyk sgt berkorban jaga mama tahun ni, sbb tahun ni mama bnyk sakit, jadi mama hadiahkan love beg yg love nak sgt sgt, dengan hasil titik peluh mama sendiri mama hadiahkan utk love tau.
“Mama hope love happy n suka. Love mama sentiasa syg love dunia akhirat. Kami minta semua doakan yg baik2 utk birthday boy pls.
“Again SELAMAT HARI JADI, HAPPY BIRTHDAY SAYANG,” titipnya panjang lebar.
Untuk rekod, Fizz telah dilahirkan pada tanggal 22 Oktober 1979.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, Nurr Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra dan menjaga seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah.
Video: Instagram Fizz Fairuz