Pelakon terkenal, Nur Fazura akui teruja untuk membawakan watak aksi sebagai ketua srikandi, Sayang dalam filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah.
Mengulas mengenai wataknya itu, Fazura memaklumkan dirinya harus lebih berhati-hati untuk melakukan babak aksi sendiri terutamanya menerusi adegan menunggang kuda.
Menurut Fazura, meskipun mempunyai pengalaman menunggang kuda sebelum ini, namun dia tetap risau sekiranya berlaku kemalangan serius.
“Sejak hari pertama lagi saya sudah cedera. Setiap hari saya berdoa agar tidak terjatuh daripada kuda yang saya tunggang.
“Saya risau sebab badan ini kita nak gunakan untuk mengandung dan bersalin lagi selepas ini.
“Adik-adik yang jatuh di set pun saya risau juga. Ada yang sampai kuda terbalik. Saya bawa karakter saya itu sebagai ketua srikandi untuk menjaga keadaan pelakon-pelakon lain di set,” katanya kepada MH.
Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem berkenaan yang berlangsung di GSC, IOI Citi Mall, Putrajaya pada Selasa.
Ditanya adakah Fazura sedang berbadan dua ketika berlakon di dalam tersebut, ini reaksi yang diberikan oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu;
“Jangan salah anggap. Saya tidak mengandung. Saya cuma risaukan keadaan peranakkan saya dan pelakon-pelakon wanita lain. Itu sahaja,” ulasnya.
Dalam pada itu, Fazura turut memaklumkan dia dan suami kini belum bersedia untuk menimang cahaya kedua memandangkan kedua-dua mereka mempunyai jadual kerja yang agak padat.
“Saya dan Fattah mengambil langkah perancangan keluarga. Kami berdua mempunyai jadual kerja yang sangat padat.
“Kami sudah pun menandatangani kontrak untuk sesebuah projek. Kalau saya mengandung, saya kenal keadaan badan saya. Semasa hamilkan Fatima, hampir tiga bulan pertama saya baring sahaja.
“Ada rakan pelakon yang mengandung tanpa sengaja ketika berlakon. Ia menjejaskan kesihatan mereka, bayi dan komitmen kerja. Sebagai wanita bertanggungjawab, saya dan suami kena merancang sebaiknya.
Terdahulu, Pendekar Awang: Darah Indera Gajah merupakan kesinambungan daripada filem pecah panggung, Mat Kilau: Kabangkitan Pahlawan yang diterbitkan pada 2022.
Selain Fazura, filem ini turut dibintangi oleh Fattah Amin, Nadhir Nasar dan Amirul Affendi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Siti Sarah Raissuddin ada berkongsi rakaman video pelakon, Afdlin Shauki yang memohon bantuan ramai bagi membantu siasatan hingga menyebabkan kematian adiknya, Jefri Adzman petang semalam.
Terdahulu, Allahyarham Jefri dikatakan mengalami pendarahan di bahagian otak sebelum menghembuskan nafas terakhir di di Hospital Thomson, Kota Damansara.
Berita tersebut turut dimaklumkan bintang senior itu menerusi Instagram.
Semalam, pelakon Bikers Kental itu menerusi IG TV ada meminta bantuan ramai untuk mengesan kenderaan jenis Perodua Myvi rona hijau yang dipercayai melanggar Jefri pada petang Ahad lalu.
Afdlin ada meminta kepada sesiapa yang mempunyai rakaman ‘dashcam’ dan menjadi saksi kejadian untuk menghubunginya.
Pada masa sama, Afdlin turut menunjukkan lokasi nahas yang dipercayai berlaku berhampiran lampu isyarat berhampiran stesen minyak Petronas, Kota Damansara.
Foto: Instagram Sarah/Afdlin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio Hot FM, Ajak Shiro atau lebih gemar dikenali sebagai Ajak sebelum ini telah mengumumkan untuk tidak lagi mahu menjadi penyampai radio di Hot FM pada pertengahan Januari yang lalu.
Terbaru Ajak telah memuat naik beberapa keeping gambar dan video di akaun Instagram miliknya untuk berkongsi moment hari terakhir berada di konti radio.
“Sahabat tu beza dengan kawan, dan mereka ini sahabat Baba.. Last day Baba dengan GPH…Terus support diorang ye guys. @shuk_hotfm @fizie_hotfm .#gengpagihot #salamdarikonti #lastday#sayaajakdansayatidaksombong”tulisnya.
Malah Ajak juga turut meluahkan rasa berterima kasih kepada rakan penyampai radio yang lain seperti Syuk dan Fizie kerana sentiasa membantu dan menyokong Ajak sepanjang bergelar sebagai rakan penyampai radio.
Sedang diulit bahagia, pelakon Siti Hariesa tidak menafikan dia berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan hati yang masih dirahsiakan.