Melakonkan watak isteri yang dicurangi dalam drama terbaharu, Curang Tanpa Niat tidak menggugat kepercayaan pelakon Mira Filzah terhadap suaminya iaitu Wan Emir Astar.
Menurut Mira, sebagai palakon berpengalaman, dia masih mampu mengawal emosi dan tidak terbawa dengan perasaan sehingga ke rumah.
“Sejujurnya, secara peribadi, saya tahu perkahwinan saya macam mana. Jadi, saya tidak mencampurkan antara urusan kerja dan peribadi.
“Setakat ini, tidak pernah timbul sebarang rasa yang tidak selesa di dalam diri selepas berlakon drama ini.
“Suami pun tahu tentang watak saya ini. Malah, dia juga sangat menyokong,” katanya kepada MH.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Curang Tanpa Niat, baru-baru ini.
Drama ini mengisah tentang konflik yang perlu dihadapi oleh isteri apabila suaminya menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja atau bahasa modennya dipanggil ‘office wife’.
Ads
Ditanya mengenai tindak tanduk yang boleh dianggap sebagai curang, Mira menyifatkan setiap pasangan mempunyai perspektif yang berbeza.
“Perkara ini sangat susah untuk dijelaskan. Mungkin bagi segelintir pihak, perbuatan ‘A’ ini boleh dianggap curang. Bagi orang lain, mungkin tidak.
“Jadi, untuk saya menghuraikan tindakan manakah yang betul atau salah, itu agak susah.
“Bila bercakap soal hubungan perkahwinan, komunikasi diantara suami dan isteri memang sangat penting. Ada pasangan yang memang ‘chill’, relax dan okay dengan segala hal.
Ads
“Namun, ada juga pasangan yang sangat menjaga setiap tindak tanduk,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Mira turut berpandangan setiap pasangan suami isteri harus menjaga batas pergaulan agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.
“Sebagai individu yang sudah berkahwin, kita memang kena menjaga batas pergaulan. Itu hal yang paling penting. Bila sudah berkahwin, status kita pun sudah berubah daripada cik ke puan.
Ads
“Ditambah pula bila kita punyai anak. Tanggungjawab itu sangat berat,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Mira turut mendedahkan dia dan suami akan sentiasa berkomunikasi untuk berbincang tental segala hal dalam rumah tangga.
“Kami memang meletakkan kepercayaan diantara satu sama lain. Kami juga sentiasa berkomunikasi. Kami berbincang tentang apa yang boleh dan tidak boleh,” akhirinya.
Terdahulu, drama Curang Tanpa Niat bakal bersiaran bermula 23 Disember depan di saluran Astro Ria dan platform penstriman Astro Go dan sooka.
Selain Mira, drama arahan pengarah Eyra Rahman ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Shukri Yahaya, Sharifah Sakinah, Evertts Gomes dan Azqa Aziz.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara popular, Sherry Al Hadad memuat naik foto arwah datuknya, Syed Ali Al Hadad bersebelahan dengan arwah bapa, Syed Abdullah Al Hadad di Instagramnya.
Sambil mengimbau kenangan bersama arwah datuk dan bapanya, kapsyen yang dibuat hos The Sherry Show ini nyata mengesankan.
“Salam Jumaat semua. Arwah atok saya sebelah kiri, Syed Ali Al Hadad dan arwah abah saya sebelah kanan Syed Abdullah Al Hadad.
“Saya tak pernah jumpa arwah atok kerana dia meninggal dunia setahun selepas saya lahir. Arwah abah pula saya meninggal masa saya umur 9 tahun.
“Masa kecik dulu, saya lah peneman setia arwah abah. Orang akan tegur abah dan tanya “cucu ke Tuan Syed?” “Takklah anak bongsu”,” kongsi Sherry.
Malah, Sherry menjelaskan namanya adalah inspirasi dari arwah bapanya yang gemar akan lagu Cheri Cheri Lady nyanyian kumpulan Modern Talking (1985).
“Nama Sherry pun abah yang bagi sebab dapat dari lagu Modern Talking- Cerry Cerry Lady. Btw abah, dont worry kalau anak abah ni tak kahwin lagi. Dia happy hidup ngan umi n adik beradik yang lain. Eh cucu abah pun dah ramai tau. Cicit pun dah ada.
“Agituewwww. I love u lah Abah. Semoga roh abah dan roh atok di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Al Fatihah,” kongsi Sheery sambil disertakan foto kenangan hitam-putih.
Lalu, rakan selebriti telah meninggalkan komen terhadap perkongsian foto dan kaspyen yang dinukil Sherry.
Dalam perkembangan lain, Sherry atau nama penuhnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad menggalas tugas sebagai pengacara Big Stage 2019 di samping Alif Satar pada Ahad ini jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Pelakon Datuk Aaron Aziz ada memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz telah berkongsi momen ketika dia dan keluarga menyambut hari raya aidilfitri, baru-baru ini.
Di samping itu, bintang filem KL Gangster kelahiran Singapura itu turut mendedahkan perangai isteri yang kelakar bersama peminatnya.
“Bukan tak Nak senyum lebih tapi tak tahu la kenapa bila baju pink senyuman tak keluar,
“Yang menghairankan org yg suruh pakai pink TAK PAKAI PINK.. Dia cakap “Tak kan semua org pink nanti macam family pink panther, so I contrast la sikit!.
“Fuhhhhhh jawapan dia memang takde org boleh fight! MashaAllah.
Datin Patimah Ismail iaitu ibu kepada pengarah Syamsul Yusof tidak mahu memberikan sebarang komen apabila bakal menjadi pencelah dan saksi kepada Puteri Sarah susulan krisis rumah tangga membabitkan anaknya.
Menantunya itu berkongsi perkara tersebut sejurus selesai prosiding tuntutan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pagi tadi.
“Tiada komen,” katanya ringkas.
Selain Datin Patimah, difahamkan bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam bakal menjadi pencelah dan saksi membabitkan krisis rumah tangganya bersama pengarah Syamsul.
Perkara itu dimaklumkan Patimah kepada Puteri Sarah menerusi satu panggilan termasuk akan memberikan sokongan penuh kepadanya.
Menerusi prosiding hari ini, Syamsul enggan melepaskan isterinya, dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengarahkan pasangan berkenaan dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Selain kes permohonan cerai, satu lagi kes bakal dijalankan susulan keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan permohonan Puteri Sarah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar, kakaknya, Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi.
Perintah injuksi diperoleh Puteri Sarah pada 4 Julai tahun lalu antara lainnya menghalang Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentuanya termasuk suaminya.
Ira juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya (Puteri Sarah).
Untuk info, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nadya Syahera mempunyai prinsip tersendiri sebelum menerima apa-apa tawaran khsusnya yang berkaitan dengan kecantikan wajah.Ibu kepada tiga cahaya mata yang juga bekas model...