Penyanyi Jaclyn Victor mengakui dia menghabiskan masa lama untuk berlatih dan menghafal lirik bagi segmen ‘battle’ bersama VE di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), malam tadi.
Menurut Jac, apa yang dilakukan sejurus Datuk Syafinaz memberikan komen berlalu secara spontan.
“Sebenarnya ia berlaku secara spontan. Saya macam tercakap mengenai perkara tersebut lepas tu ‘eh… eh…’ Cuma bila para juri bercakap mengenai perkara itu, saya layankan sahaja.
“Tapi saya memang ambil masa yang lama. Fokus saya terlalu lama sangat dengan lagu The Real Slim Shady,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Jac turut menerima apa sahaja kemungkinan ketika di malam kemuncak program realiti itu.
“Apa sahaja yang berlalu, saya selalu ingatkan bahawa ia semuanya sudah tertulis. Saya hanya buat yang terbaik. Malah ketika diumumkan pemenang tempat keempat, saya sudah sedia kalau nama disebut tempat ketiga.
“Sebab kita sudah sampai ke final. Siapa tahu persembahan saya tidak berapa baik. Malah saya terima untuk sebarang situasi yang terjadi.
“Saya cuma berdoa supaya dapat buat yang terbaik dan itu pun saya sudah berpuas hati,” katanya lagi.
Terdahulu, Jaclyn meberuma markah paling tinggi iaitu sebanyak 85.86% ketika saingan konsert akhir yang berlangsung, malam tadi.
Dengan kemenangan yang diraih, penyanyi lagu Ikut Rentakku ini berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000, tajaan penginapan, percutian ke Paris dan trofi sumbangan Astro.
Malah, Jaclyn turut menerima RM2,000 selepas diumumkan sebagai penerima Anugerah Bintang Memukau Adabi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI