Usahawan kosmetik, Nur Sajat meluahkan rasa syukur kerana telah selesai menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya di tanah suci Makkah.

Turut sama di dalam rombongannya ke sana ialah ahli keluarga yang lain.

Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

“Syukur Alhamdulillah, dengan berkat keizinan rombongan kami sekeluarga ke tanah suci makkah dan madinah, selesai sudah umrah kami sekeluarga di kota mecca.

”Saya sungguh terharu dan terasa diri ini kecil sangat sngat bila saya menjejaki kaki di sini,kerana bertapa indahnya ISLAM.

”Saya melihat kebesaran ALLAH S.W.T, kerana tidak pernah membezakan umaNya segi darjat,umur,wajah,jantina,kedudukan, warna kulit,atau perbezaan mazhab.

IKLAN

“Ternyata bila kita di sini,kita semua nya sama.menyembah Tuhan yang satu iaitu Allah. Saya di malaysia selalu dikutuk, dihina, dicaci malah perbagai tohmahan di berikan kepada saya, saya hanya berdiam diri. Saya musafirkan diri saya, mungkin apa yang berlaku pada diri saya, saya anggap sudah tertulis menjadi insan bernama nursajat,” tulisnya.

Sajat pada masa sama turut bermuhasabah, selain berdoa agar umrah yang dilaksana mendapat umrah mabrur.

”Bila saya sampai di sini,saya berniat dalam hati..saya nak berbicara dengan Tuhan saya,bicara soal kejadian saya, kenapa saya di lahirkan begini?

IKLAN

“kenapa saya yang Allah pilih jadi macam ini?kenapa saya yang banyak di berikan ujian? Kenapa saya selalu dikatakan dilaknat dan syurga itu bukan milik saya? Kalau bergini kejadian saya dimuka bumi ini,kenapa ALLAH jadikan saya??

“Kenapa tidak pada orang lain? Tiada siapa yang hendak di lahirkan serba kekurangan.
Bila saya menjejak kaki di mecca,saya hati saya menjadi sayu, pandangan saya nampak luas, dan dada saya rasa macam tenang dan lapang sangat. saya pejam mata,bertakafur!

“Bila saya buka mata, saya melihat mak saya di sebelah..saya patut bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang, walaupun saya macam ini, saya tahu diri saya dan jiwa saya adalah perempuan, saya bertuah kerana bukan semua orang terpanggil untuk mengerjakan umrah.

IKLAN

”Berlinang air mata saya, bahawa saya patut syukur dan saya dah dapat jawapan sebaik baik mungkin di sini.

”Sehina mana pun kita,sejahat mana pun kita,bukan kita sebagai manusia boleh menghukum sesama manusia,hanya Allah sahaja tahu di mana kita berada nanti ketika kita meninggal dunia.

”Terima kasih mak dan ayah,kerana melahirkan sajat..buat anak anak syaza dan syahmi,ummi sayang anak anak ini sampai ke syurga. Semoga kami sekeluarga mendapat umrah makbur di sisi ‎Allah,” maklum Sajat panjang lebar.

Malah, Sajat turut memuat naik foto dan video sekitar ketika berada di tanah suci.

Foto: Instagram Sajat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI