Pelakon dan usahawan Syed Ali lewat malam tadi ada berkongsi sekeping foto yang merakamkan dirinya bersama ‘bayi syurga’, Ainul Mardhiah.
Menerusi ruangan kapsyen, Syed Ali ada memaklumkan dia bermalam dengan bayi berkenaan sambil memohon orang ramai agar terus mendoakan kesejahteraan Ainul.
“Bermalam dengan baby Syurga. adik comel saya baby Ainul Mardhiah. cayangnyaaa pada diaa.. dia comel ok.
“Acik akak abang2 tolong doakan Ainul tau.. Ainul sayang awak2 semua,” tulisnya.
Malah, pelakon drama Asmara ini turut memuat naik momen sama menerusi Insta Stories.
Terdahulu, kisah bayi berkenaan menjadi perhatian apabila ramai bersimpati terhadap penderitaan bayi berusia lapan bulan itu yang menghidap kanser ‘Germ Cell Tumor’.
Foto: Instagram Syed Ali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Shima Anuar Sudah Negatif Covid-19, Panjat Rasa Syukur Ke Hadrat Ilahi
Pelakon dan usahawan, Shima Anuar ada berkongsi khabar berita gembira bersama peminat apabila dirinya sudah bebas daripada wabak Covid-19z
Bintang filem Highland Tower ini dirinya telah disahkan positif Covid-19, pada 8 Januari lalu.
Sebelum ini, suaminya Mohd Solih Toha serta dua anaknya Marian Sophia dan Mikhael Imaan tidak dijangkiti wabak penyakit berkenaan.
Dalam pada itu, Shila turut meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kesembuhan dirinya.
“Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah!
I’m negative now.
“Sy doakan pesakit Covid yg lain juga cepat sembuh seperti sedia kala.Sama2 kita doakan mereka.
“Amin amin InshaAllah! (Swipe left if you want to know about ct value),” tulisnya.,” tulisnya
GaFoto: Instagram Shima Anuar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
12 Corat-Coret Pernikahan Haris & Neelofa: Majlis Sarat Bunga Putih, Pesan Nabila Pada Pengantin Dan Macam-Macam Lagi!
Sempurna seadanya majlis akad nikah pasangan paling dinantikan, Neelofa dan suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz yang berlangsung di Grand Hyatt, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Majlis yang diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pasangan bermula seawal 10 pagi.
Menarik, ini 12 corat-coret sepanjang majlis akad nikah Neelofa dan Haris Ismail. Pastinya satu momen yang tak kan dilupakan!
Neelofa menggunakan khidmat pereka majlis terkenal, Reka Teemor yang menggunakan bungaan putih untuk menghiasi pelamin serta dewan bak di kayangan. Laluan menuju ke pintu dewan turut diserikan dengan hiasan bunga.
Pasangan itu dinikahkan oleh adik Neelofa, Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya dan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebentuk cincin.
Majlis yang bertemakan rona putih turut dihadiri rakan artis seperti Hannah Delisha, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aisyah, Kilafairy, dan Shalma Ainaa dan Datuk Rizalman.
Pada majlis turut dimeriahkan dengan nyanyian nasyid daripada kumpulan Inteam bersama penyanyi Lah Ahmad.
Pengantin perempuan yang dilihat seperti bidadari itu menggunakan khidmat solekan jurusolek, Sharman Yee sementara busana serba putihnya dari rekaan pereka fesyen Alia Bastamam.
Adik kepada Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya berasa sebak dan terdiam seketika disaat ingin menyebut nama kakaknya sewaktu sesi akad nikah.
Pengantin perempuan tersandung kecil ketika berjalan menuju ke pelamin sebelum upacara melafaz akad nikah bermula.
Semua tetamu diwajibkan memakai baju warna putih manakala wanita tidak berhijab perlu mengenakan selendang bagi menghormati majlis.
Tetamu disajikan dengan lima set menu iaitu kudapan (rempeyek, kuih loyang, kuih bahulu), pembakar selera (kerabu pais aneka laut), sup (sup ekor lembu berempah), sajian utama (ayam masak madu tomato, udang galah bakar berempah, dalca sayur mamak, nasi briyani utara) dan pencuci mulut (butir nako, lompat tikam, buah-buahan).
Alunan lagi nasyid mengiringi sebagai muzik latar sepanjang majlis berlangsung.
Pelakon Izara Aishah menitipkan ucapan kegembiraan selepas Neelofa sah bergelar isteri kepada Haris. Sifatkan hubungan sebagai adik-beradik dan mereka sudah saling mengenali sejak belasan tahun lagi, sebelum menyertai Dewi Remaja 2010.
Kakak Neelofa, Noor Nabila pula mengharapkan adiknya agar menempuhi alam perkahwinan dengan kesabaran dan saling melengkapi ketika susah atau pun senang.
Foto rasmi: Wedlocx.co
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Sulung Berusia 26 Tahun, Azah Aziz Kahwin Muda & Ini Foto Terkini Keluarganya
Selepas kisahnya yang lebih 31 tahun menyemai kasih sayang bersama suami, Daud Leroy Abdullah yang menjadi inspirasi, pelakon Azah Aziz berkongsi pula foto terkininya bersama keluarga tercinta.
Hampir tiga dekad melayari bahtera perkahwinan, bintang yang menetap di Montreal, Kanada kini bahagia harmoni bersama tiga anak lelaki iaitu Aaron, Ryan dan Justin yang menginjak dewasa.
“Married at 22, have my first born at 24, happily married for 28 years. Here my picture with my older son and last picture with all my 3 sons. I’m the queen in the house,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Malah menerusi hantaran terdahulu, Azah yang kini meniti usia 50an turut berkongsi foto lamanya sambil merakam memori indah.
“Picture 19 tu baru kenal, early 20’s tengah bercinta. Late 20’s dah kahwin anak seorang.
“30’s anak 3, 40’s anak-anak dah besar dan 50’s anak-anak dah boleh nak khawin, kita tunggu,” tulisnya lagi.
Terdahulu, bagi generasi 80-an dan 90-an, Azah yang juga bekas finalis Dewi Remaja 1987/1988 cukup bergiat aktif sebagai model selain lakonan.
Dia bagaimanapun, mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya seni demi mengikuti komitmen suaminya yang bekerja di luar Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI