Usahawan selebriti, Puteri Zarith lebih tenang apabila memandang segala ujian yang datang kepadanya sebelum ini sebagai sesuatu yang positif yang memberikan pengajaran.

Ini kerana, dalam komited mengendalikan bisnes dan menguruskan dua cahaya mata, Puteri turut berdepan dengan masalah rumah tangga dan kini sedang dalam proses perceraian.

“Ujian yang datang membuatkan saya menjadi wanita yang lebih kuat. Saya mahu terus maju dan memandang ke hadapan.

“Saya anggap ujian yang datang ada hikmah. Allah uji sebab Dia sayang. Alhamdulillah saya mempunyai ‘support system’ yang bagus seperti ahli keluarga. Syukur,” katanya.

Puteri ditemui di majlis pelancaran produk bawah jenama baharu, PZ yang mengelurkan minuman bakar lemak The Teh Tarix dan The Matcha di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ads

Untuk rekod, Puteri Zarith sebelum ini pernah bekerjasama dengan beberapa artis seperti Mira Filzah, Marion Caunter dan Nora Danish, jenama PZ kali ini diusahakan sendiri tanpa kolaborasi dengan mana-mana selebriti.

Tambahnya lagi, dia juga mahu mencari kelainan selepas 10 tahun melibatkan diri dalam dunia bisnes.

Berani Bermula Dari ‘Zero’, Puteri Zarith Cabar Diri – “Allah Uji Sebab Sayang.”Berani Bermula Dari ‘Zero’, Puteri Zarith Cabar Diri – “Allah Uji Sebab Sayang.”Berani Bermula Dari ‘Zero’, Puteri Zarith Cabar Diri – “Allah Uji Sebab Sayang.”Berani Bermula Dari ‘Zero’, Puteri Zarith Cabar Diri – “Allah Uji Sebab Sayang.”

Ads

@mediahiburanofficial Rakan artis antara yang hadir menyokong pelancaran produk baharu Puteri Zarith, PZ The TehTarix iaitu minuman bakar lemak, hari ini. Lovenya! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan


“Saya pernah muncul dengan produk sendiri iaitu Olicandy dan bersyukur ia mendapat sambutan positif. Saya juga dikenali dengan kolaborasi bersama beberapa selebriti.

“Namun kali ini, PZ saya usahakan sendiri dan mahu bermula dari kosong. Saya lakukan semuanya sendiri dan mahu mencabar diri.

“Saya berharap produk ini mendapat sambutan sebagaimana dengan produk hasilan sebelum ini,” katanya lagi.

Ads

Minuman bakar lemak The TehTarix dan The Matcha melalui produk penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama lebih enam bulan sebelum ia dilancarkan.

Majlis pelancaran telah dihoskan oleh Awal Ashaari selain tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada Khai Bahar.

Antara rakan artis yang hadir memberikan sokongan termasuk Intan Najuwa, Scha Al Yahya, Amir Ahnaf, Nazim Othman, Farahdhiya dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI