Penyanyi Lan Solo meluahkan rasa bersyukur kala mengenangkan progres positif terhadap perniagaan kedai runcit miliknya, Solo Borneo Mart yang kian berkembang.
Diam tak diam, kedai yang diusahakan bersama isterinya, Nur Sheila Hassim itu kini sudah tiga tahun beroperasi.
“Alhamdulillah.. 3 TAHUN! Bermula dengan 5 botol kicap, beberapa paket Mee, 5 pek Amplang juga Kuih Cincin dari Sabah dan beberapa produk makanan dari Borneo yang lain.
“Serta kedai pertama kami berukuran 8ft x 8ft, berpindah ke kedai yang lebih selesa secara berperingkat.
“Alhamdulillah kini berusia 3 tahun & dah ada 2 outlet! Juga sebuah van,” tulisnya di dalam salah satu hantaran yang dikongsikan Lan.
Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih buat semua yang menyokong kelangsungan perniagaan kedai runcit miliknya itu.
View this post on Instagram
“Terima kasih semua yang support. Terima kasih semua yang selalu mendoakan perniagaan kami.
“Selain dapat bantu penggemar makanan Borneo untuk dapatkan makanan dari Sabah Sarawak dengan lebih mudah, sama-sama juga kita membantu usahawan kecil dari Borneo untuk pasarkan dan perkenalkan makanan dari sana dengan lebih luas lagi, insyaAllah! Moga manfaat yg baik ini akan berterusan!,” tulisnya lagi.
Artikel Berkaitan;
Tahun lalu, kedai yang sebelum ini terletak di Puchong Prima, Selangor dan kini berpindah ke lokasi baharu iaitu di Bandar Bukit Puchong.
Menurut Lan, dia mengambil keputusan tersebut selepas perniagaannya mendapat sambutan ramai dan memikirkan tempat lebih selesa buat para pelanggan Solo Borneo Mart yang dijalankan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI