Pelakon dan ushawan, Elfira Loy menerusi Instagram ada berkongsi sembilan posting fotonya yang paling banyak mendapat perhatian dari para peminat.
Sambil merakam kembali momen terindah dalam hidupnya sepanjang tahun ini, bintang Kum Kum itu turut memberi bayangkan mengenai beberapa projek baru yang akan dilakukan tahun hadapan.
“Definitely my best nine of 2019! Started the year with my wedding, then my dream honeymoon at Mekah together with my husband (as thats where we prayed for our jodoh) then to suprising my husband with the pregnancy test . Beranakkan anak saya & of course selfi yang tak dilupakan causeeeeee selfie is my thang!
Ads
“Alhamdulillah syukur untuk kehidupan & kebahagiaan yang Allah berikan. Semoga diberkati & dilindungi selalu. Amin.
“Look forward for 2020! I have few projects to share with you and i can’t wait! Tapi korangkan dah tengok el dari kecik. Rasa rasa apa mission el untuk next year?,” tulisnya.
Ads
Terdahulu, Elfira Loy diijabkabul dengan suami, Khairol Faris Anuar pada 1 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup dan mereka dikurniakan seorang putera, Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris.
Khabar duka menyelubungi keluarga penyanyi popular Khai Bahar apabila ibu tercinta, Rosnah Muhammad, 62, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 10.40 malam tadi.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pengurusnya, Jai menerusi hantaran di ruangan InstaStory.
“Salam, saya pengurus (Jai) mewakili pihak Khai Bahar ingin memaklumkan bahawa Mak Ros telah menghembuskan nafas terakhir di Perlis sekitar jam 10.40pm.
“Solat jenazah akan diadakan pada 3 Januari di Masjid Tuanku, Kangar sejurus selepas solat fardu Zohor diikuti dengan pengebumian di tanah perkuburan Tok Paduka,” ujarnya.
Sebelum ini penyanyi berusia 29 tahun itu pernah berkongsi bahawa ibunya menghidap penyakit buah pinggang tahap empat dan perlu menjalani rawatan dialisis.
Semoga roh allahyarhamah di cucuri rahmat.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan merangkap personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman menepis dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan dirinya kini kembali menjalinkan hubungan cinta bersama bekas kekasih yang juga merupakan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid.
Menurut Tyra, dia kini sememangnya sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang tetapi bukanlah bersama Aazief.
“Ya, saya kini sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang tetapi Aazief bukan kekasih saya sekarang.
“Kami tidak kembali bersama seperti mana cakap-cakap orang yang menyatakan kami kembali bercinta.
“Ramai orang buat spekulasi sendiri. Korang ni tengok banyak sangat filem la,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Tyra sewaktu menjawab soalan yang diajukan oleh salah seorang pengikutnya di Instagram.
Bagaimanapun, Tyra mengakui dirinya ada berjumpa dengan Aazief namun menyifatkan pertemuan tersebut tidak lebih sebagai rakan niaga.
“Untuk menjelaskan keadaan, saya dan Aazief adalah rakan perniagaan. Kami bertemu bila ada kerja.
“Kami sangat profesional. Kami masing-masing dah besar la,” kongsinya lagi.
Minggu lalu, kisah diantara Aazief bersama kekasihnya yang juga merupakan Instafamous, Sharifah Rose menjadi tumpuan ramai selepas mereka dikatakan telah memadam gambar bersama di akaun Instagram masing-masing.
Lantaran itu, timbul pula spekulasi daripada warga net yang mendakwa Tyra menjadi punca keretakan hubungan pasangan tersebut.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof mendakwa isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana bersikap curang apabila mempunyai hubungan dengan bekas teman lelaki zaman kolejnya yang berstatus suami orang.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, mendedahkan perkara itu sebagai sebahagian alasan dinyatakan dalam permohonan nusyuz yang difailkan terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa.
Pengarah filem Munafik itu ketika ditemui media berkata, sebagai suami dia tidak boleh menerima apabila isterinya berlaku curang dan berat baginya untuk mendedahkan perkara itu dalam tuntutannya.
“Sebagai seorang suami, saya juga sudah memedam rasa dan nak cakap pun malu. Tiada suami yang boleh terima isterinya curang dengan suami orang lain,” katanya, lapor mStar.
Syamsul berkongsi perkara itu ketika ditemui di luar mahkamah selepas membuat permohonan berkenaan kira-kira pukul 3 petang dengan ditemani peguam, Azmi Mohd Rais.
Bagaimanapun kata Syamsul, dia mengakui masih sayangkan Sarah dan berharap semua kemelut di antara mereka dapat diselesaikan dengan cara baik.
Dalam pada itu, Azmi berkata, antara alasan lain Syamsul membuat permohonan tersebut ialah disebabkan Puteri Sarah meninggalkan rumah kelamin mereka sejak Oktober 2020 tanpa izin.
Selain masih isterinya itu menghubungi bekas kekasih, Puteri Sarah juga didakwa enggan mematuhi notis nusyuz dan membuat fitnah terhadap Syamsul seperti menuduhnya memukul dan tidak memberi nafkah.
Pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah atas faktor masih percaya ada harapan untuk mereka kembali berbaik.
Sehubungan itu, Hakim Syarie mahkamah berkenaan, Akmalludin Ilyas memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan penceraian mereka.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Aka Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.