Pelakon Yatt Hamzah berkongsi detik-detik perjuangan hidup mati sewaktu melahirkan anak keempat. Jelasnya, kesakitan semakin perit sejak doktor menjalankan prosedur untuk ‘induce’.
Malah, dia terpaksa menanggung kesakitan hampir enam jam kerana bukaan pintu rahim tiada progres.
“PART 4
Sambungan #kisahlabourroombondayatt .
11.30am – xsampai 3 minit drip induce tu masuk dlm darah, terus rasa sakit. Cpt2 minta ampun pd suami xtahu kali ke brp dah. Maka bermulalah Perjuangan antara hidup & mati seorang ibu yg hanya dpt dirasai & difahami bila sudah menjadi ibu.
“12.30pm – lunch sampai tp mmg xselera langsung. Sakit mkn kerap, mkn kuat. Contraction dtg selang 5min selama seminit panjangnya. Masuk Zuhur, cpt2 brwuduk & solat jamak qasar utk elak lbh sakit. Masa Tahiyyat akhir contraction dtg sgt kuat & lama. Masa tu mmg freeze skjp tahan sakit yg amat. Dah hilang contraction baru sambung selesaikan solat. Badan dah mkn lembik menahan sakit. Rasa lapar baru dtg, tp msh x lalu nk mkn. Just telan sdkt kurma dan air zam2 utk energize blk.
“14.30 – Dr Asmah check lg. Baru 6 cm, katanya maybe lps Asar akan progress lbh cpt. Dan dia minta nurse masukkan 1 lg botol induce lps ni. ALLAHUAKBAR rasa mcm MASA brjln sgt SLOW. Dan risau nanti xde energy masa nk meneran, so paksa diri telan 3-4 sudu nasi dg kuah kari yg dh sejuk. Itu je yg mmpu dijamah,” jelasnya.
Dia turut menyifatkan proses beranak anak keempat ini ialah yang paling menyakitkan seolah-olah peranakan hampir pecah.
“Drip kedua masuk je, sakit yg mkn dasyhat dtg. Rasa mcm nak pecah peranakan tu. Allah je tahu sakitnya mcmana. Air mata jatuh laju dan bibir ni x stop ulang kalimah لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Mcm2 cara & posisi dbuat utk kurangkn sakit. Tp sakit mkn tak tertahan..Doc suruh baring ke kiri utk cptkn bukaan & utk baby beralih ke tgh sbb masa tu baby dduk blh kanan perut dan msh tinggi kepalanya nk masuk dlm laluan. Doc bg gas utk divert sakit tu tp xkrgkan sakit. Just bg x focus pd sakit. Swipe left utk tgk Bonda menahan sakit. Sebak tgk muka sendiri😢
“4pm – Dah 8cm. Hati lega igt boleh terus bersalin tp doc kata tunggu 10cm,kalau paksa teran 8cm nanti koyak. Tp dah xlarat nk tunggu. Wallahi bersalin kali ni PLG SAKIT. Sakit xstop, xde break. PELIK. Pttnya break selang 3‐5min tp kalini xde break. Sakit all the way. Rasa dah xsanggup, CUKUPLAH.
5pm-tiba2 rasa nak… 1st time rasa nak..
Rasa nak apa? (BERSAMBUNG)
“Tahu ramai yg tunggu Part 4 ni. Sorry sgt dah janji nak share 2hari lps pun x done sbb bz dg anak2..🙏
#yattmengayat #darihatiseorangmujahidah,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Yatt telah selamat melahirkan Suci Hawa Zulaikha pada 30 Disember lalu.
Yatt sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Mutalib Shukor dan dikurniakan anak, Suci Hanania Malika, 8 tahun.
Yatt kemudiannya berkahwin dengan Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4 tahun dan Suci Hayfa Medina,2 tahun.
Foto : Instagram Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI