“Bernikah Denganmu Mungkin Jawapan Terindah Dari Tuhan,” – Sweet Ucapan Che Ta Buat Suami, Moga Kekal Hingga Jannah

Share

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan ada berkongsi keping fotonya bersama suami, pelakom Zain Saidin menerusu Instagram dan seperti biasa, ia mengundang perhatian para peminatnya.

Masakan tidak, pasangan ini meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam dengan mengenakan persalinan pengantin yang menawan.

Bintang Kiah Pekasam itu dirakam sama gaun kembang putih perincian ilham pereka Altelia Amani sementara Zain pula tampan dengan sut serba hitam.

“Happy 6th Anniversary sayang! Bernikah denganmu mungkin adalah jawapan terindah dari Tuhan, atas doa yang paling sederhana dalam setiap tahjudku.

“Tuhan, aku hanya ingin bahagia bersama nya,” tulis Rozita romantis menerusi ruangan kapsyen di Instagram.

Untuk rekod, pasangan sama cantik sama padan ini diijabkabulkan pada 11 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang anak Aaisyah Dhia Rana, 5 tahun.

Menerusi perkahwinan pertama dengan seorang juruterbang puka, Che Ta mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 23, dan Aniq Ezra, 21.

Foto: Instagram Rozita Che Wan via @blackpepperproduction

Published by
MH