“Berpeluang Juga Guna Sel Akhir, Sel Biasa & Bilik Gantung,” – Dahsyat! Beto Kusyairy Kongsi Cerita Berlakon Di Penjara Pudu

Share

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai ciapan sebuah akaun Twitter yang berkongsi kisah mengenai tempat yang penuh dengan sejarah iaitu Penjara Pudu, Kuala Lumpur.

Kisah berkenaan nyata mendapat perhatian daripada ramai pihak termasuklah pelakon, Beto Khusyairy.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, Beto mendedahkan dia pernah merasai pengalaman untuk berada di hampir ke semua sel-sel yang terdapat di Penjara Pudu sewaktu dia melakonkan drama patriotik yang berjudul Warkah Terakhir: Rosli Dhobi.

Katanya lagi, ketika dia sedang melakonkan babak di tali gantung, suasana dan energy yang dirasainya pada waktu itu sungguh luar biasa.

“Berpeluang juga menggunakan sel akhir, sel biasa & bilik gantung Penjara Pudu untuk mini siri Warkah Terakhir: Rosli Dhoby.

“Kesemua babak penjara serta tali gantung dilakukan di sini. ‘Energy’ nya sungguh luar biasa,” tulisnya.

Jelas pelakon telefilem, Hello, Suria! ini lagi, memang benar apa yang diperkatakan oleh ramai pihak mengenai lukisan-lukisan dan coretan yang terdapat di penjara tersebut terutamanya di sel-sel akhir.

Malah, Beto turut mengakui dirinya berasa agak ralat kerana tempat bersejarah tersebut tidak dipelihara dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan.

“Benar, pelbagai lukisan dan coretan yang sebahagian besarnya membuatkan aku rasa hiba. Terutamanya di sel-sel akhir. Ada juga yang menakutkan. Sayang seribu kali sayang mercu tanda KL ini tidak dipelihara seperti Alcatraz,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Beto turut berkongsi bebera keping foto kenang-kenangan yang memaparkan barisan-barisan pelakon seperti Namron, Azhan Rani, Azlan Komeng dan ramai lagi.

“Gambar pertama tu betul-betul depan bilik gantung (di tutup dengan kain hitam untuk tujuan pencahayaan). Masing-masing lebih banyak diam dan cukup ‘menghormati’ lokasi,” jelasnya lagi.

Sumber: Twitter Beto Kusyairy

Published by
Aizam Manaf