Pelakon Lisdawati telah meluangkan masa bersama anak-anaknya di Taman Burung Negara, Kuala Lumpur.
Bintang berusia 40 tahun itu telah berkongsi momen indah itu menerusi akaun Instagram.
“Hari cuti bawa Anak2 riadah kat taman burung. Nasib pakai sport wear so berpeluh satu badan lepas pusing satu taman ni.
“#tamanburungkl #ahmadnurfayyadh
#ahmadnurfyrdaus #nurainafazneesyah,” tulisnya.
Di samping itu, peminat memuji sikap penyayang ibu kepada 4 orang cahaya mata itu.
Foto : Instagram Lisdawati
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebelum Tidur, Biasanya Saya Akan…,” – Datin Hajah Fouziah Gous Cari Barakah Dalam Rumah Tangga
Tidak dinafikan, pasangan suami isteri, Datin Hajah Nor Fouziah Mohd Gous dan suaminya Dato’ Haji Md Zhafran Md Yusof memang menjadi antara pasangan yang sering menjadi perhatian netizen.
Tatap sahajalah Instagram mereka, pasti mendapat ratusan malah ribuan komen daripada para pengikut. Mungkin dek pesona dan kebahagiaan sesama pasangan membuatkan ada yang kagumi keduanya.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga lebih lima tahun lalu. Hasil perkahwinan, mereka setakat ini telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Zeeshan dan Zaheen Yusuf bin Md Zhafran.
Menerusi Mingguan Wanita, pelakon dan pengacara ini ada berkongsi, dalam sesebuah rumah tangga itu semuanya bergantung pada setiap pasangan suami isteri.
Malah, Fouziah mempunyai cara tersendiri dalam menguruskan dalam rumah tangga, sebagai seorang ibu dan isteri.
“Bagi saya yang paling penting adalah komunikasi. Kita kena selalu berkomunikasi dan percaya satu sama lain. Kalau kita percaya, Insya-Allah semuanya akan tenang dan bahagia. Sentiasalah berkomunikasi.
“Saya bagi contoh di sini. Apa yang saya buat, sebelum tidur biasanya saya akan bertanya pada suami apakah yang akan dibuatnya pada keesokan hari. Suami akan memberitahu apa yang akan dibuatnya esok. Jadi saya akan ikut waktu yang diberitahu oleh suami.
“Kalau urusan yang dibuatnya itu memerlukan masa yang lama, sambil menunggu dia habis kerja, barulah saya akan buat apa yang patut di pejabat. Jadi apabila dia balik ke rumah, saya telah ada di rumah menunggunya,” katanya.
Pada masa sama, Fouziah juga menjelaskan seorang isteri itu perlu juga memberitahu apa yang akan dibuatnya pada keesokan hari pada si suami.
“Selain itu kita juga sentiasa perlu ada ‘give and take’. Bersyukurlah dengan apa sahaja yang kita ada. Insya-Allah setiap benda walaupun kecil, rasa bahagia dan tenang itu akan datang secara semula jadi,” jelasnya lagi.
Foto: Instagram Fouziah Gous
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Netizen Teruja Bila Tun Siti Hasmah Tunjuk Bakat Gesek Biola Di Samping AG Coco, Tabiklah!
Gitaris kumpulan Hujan, AG Coco ada meuat naik gambar terbarunya di laman Twitter.
Gambar tersebut memaparkan AG berkongsi pentas membuat persembahan bersama isteri Perdana Menteri, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali yang bermain biola
Persembahan tersebut diadakan bersempena majlis makan malam Jubliant Journey 2018 anjuran Institut Jantung Negara.
Di ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyangka Tun mampu menggesek biola selain turut menyifatkan Tun kelihatan sangat comel pada malam tersebut.
Wah, hebat betul ye Tun ni! Bukan sahaja bijak dalam bidang kedoktoran, malah mampu bermain alat muzik dengan begitu baik sekali.
Foto: Twitter AG Coco
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tahun Melawat Korea Selatan Ada Jemput Artis Malaysia Nyanyi Tak?,”- Adibah Noor
Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor ada memuat naik tweet terbaru di laman Twitter miliknya.
Tweet tersebut memperlihatkan Adibah seperti berkias memberitahu, adakah pihak sebelah sana akan menjemput artis Malaysia sekiranya mereka mengadakan program Tahun Melawat Korea Selatan?
tahun melawat korea selatan ada jemput artis malaysia nyanyi tak?
— ADIBAH NOOR ??? (@adibahnoor) April 27, 2019
“Tahun melawat Korea Selatan ada jemput artis Malaysia nyanyi tak?,” tulisnya.
Lalu, tweet tersebut ternyata telah menerima respon pelbagai daripada netizen terutamanya peminat muzik K-pop.
Namun, ada juga yang beranggapan bahawa Adibah seperti tidak berfikiran terbuka di dalam isu ini.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq telah menumumkan kementeriannya kini dalam perancangan fasa akhir untuk membawa kumpulan K-Pop, BTS untuk mengadakan konsert khas sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Bagaimanapun, cadangan tersebut mendapat tentangan daripada segelintir pihak yang menganggap kerajaan seperti menganaktirikan artis tempatan.
Sumber: Twitter Adibah Noor
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI