Sharnaaz Ahmad menerusi laman Twitter memuatnaik kata-kata semangat buat Awi Rafael dan Atikah Suhaime ekoran majlis yang sepatutnya berlangsung Ahad ini dibatalkan secara mengejut.
Ulas pelakon lelaki ini, perancangan Allah lebih halus dan teliti, sebagai manusia kita harus reda dengan ketentuan.
“Buat awi dan atikah, harap bersabar dgn dugaan Allah ini.. perancangan Allah lebih halus dan teliti.. semoga awak berdua sentiasa dalam lindungan Allah.. jodoh perpisahan kematian sudah ditulis sahabat.. ujian buat kalian, redha dgn ketentuan Allah.”
Netizen turut bersimpati dan menyatakan adalah lebih baik perpisahan dilakukan sebelum mengikat tali pernikahan.
Suami kepada Noor Nabila ini kerap kali berkongsi kata-kata duka seolah-olah membayangkan apa yang sedang berlaku dalam rumahtangga.
Foto – Instagram Sharnaaz Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Dah Nampak Nyata, Tetiba Air Mata Syukur Mengalir…,” – Figura Terkini Neelofa Di Majlis Rohani, Peminat Titip Doa Yang Baik-Baik
Keberadaan selebriti popular, Neelofa di majlis Malam Cahaya Rasulullah 2021/1443H yang dibawakan oleh Pertubuhan Kasih Neelofa di Bizmilla Grand Place, One City Subang baru-baru ini mencuri perhatian ramai.
Ini kerana, figura terkininya yang seolah-olah menampakkan ‘baby bump’ nyata mengundang reaksi teruja dan gembira khasnya di kalangan para peminatnya.
Tampil sopan mengenakan persalinan jubah abaya dalam rona biru cair pada majlis rohani itu, penampilan bekas hos program MeleTop itu kekal memukau pandangan.
Menerusi satu video yang kembali dimuat naik menerusi akaun Instagtam @lofa.page, rakaman kandid Neelofa yang berdiri di samping salah seorang ahli keluarganya mendapat reaksi baik wargamaya.
Rata-ratanya memuji dan tak kurang yang menitipkan doa buat isteri kepada Haris Ismail (PU Riz) itu.
Ini antara komen yang ditinggalkan;
“Semoga dalam lindungan Allah.”
“Semoga always dalam lindungan dan rahmat Allah SWT ya rabb.”
“Sweet of you #momtobe.”
“Alhamdulillah syukur, moga dipermudahkan urusan Neelofa.”
“Bila dah nampak nyata, tetiba air mata syukur akak mengalir. Syukur alhamdulillah semoga yang baik-baik saja dan sentiasa dalam lindungan kasih sayang Allah SWT.”
“MasyaAllah macam dah nampak baby bump tu. Doa yang baik-baik.”
“Comel je. Selawat untuk baby sekali.”
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima lebih 30,000 tontonan.
Terdahulu, menyentuh mengenai dakwaan sedang hamil anak sulung, Neelofa, 32, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menerusi media berkata, berita kelahiran cahaya mata lebih baik dihebahkan berbanding kehamilan.
“Kalau saya boleh berkongsi mengenai bab kehamilan atau mendapat cahaya mata ni kan, kita lebih disarankan untuk berkongsi mengenai kelahiran berbanding kehamilan. Saya nak cakap lebih pun takut.
“Saya perlukan doa yang baik, kata-kata yang positif. Perkara ini sangat sensitif, ada sesetengah orang anggap ia biasa, orang lain pula ia sensitif. Jadi kalau yang nampak saya berbeza tu, berbezalah. Siapa yang nampak saya sama, samalah.
“Kita lebih disarankan untuk berkongsi mengenai kelahiran berbanding kehamilan. Itu lebih baik. Apa saja boleh terjadi sepanjang proses ini.
“Jadi itu adalah sebabnya saya lebih suka memohon doa yang baik-baik jika ada orang tanya atau terjumpa saya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Memeterai Memorabdum Persefahaman (MoU) antara TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS) dan aplikasi TheNoor sebelum ini.
Neelofa dan Haris melangsungkan pernikahan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Foto: Instagram Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Muzik Anda Beri Impak Dalam Hidup Saya,” – Celine Dion Puji Adele, Akui Beremosi Saat Tonton Persembahan
Jika sebelum ini Adele membuat hantaran terharu kerana tidak sangka Celine Dion hadir ke malam persembahannya, kini giliran penyanyi lagu My Heart Will Go On itu pula meluah rasa.
Dalam satu hantaran terkini di Instagram, Celine memuat naik gambarnya bersama Adele yang datang kepada dirinya saat dia sedang menonton persembahan penyanyi itu.
Menerusi hantaran tersebut dia menyatakan rasa gembira dan bersyukur kerana kehadirannya disambut baik oleh Adele apatah lagi disaji pula halwa telinga dengan alunan vokal dan lagu yang memukau.
“Adele, kami sangat berterima kasih kepada anda kerana mengalu-alukan saya dan keluarga saya kembali ke Colosseum untuk persembahan anda yang menakjubkan!
“Persembahan anda hebat, produksinya sangat indah. Kami suka melihat anda dan mendengar anda menyany, ia merupakan malam yang penuh emosi untuk kami semua.
“Muzik anda beri impak dalam hidup saya, ia sangat penting bagi saya, terutamanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Saya berharap semua impianmu menjadi kenyataan dan semoga kamu mempunyai ruang untuk melakukan apa yang membawa kebahagiaan, termasuk mengambil rehat yang berhak kamu dapatkan.
“Kamu benar-benar satu dalam sejuta. Kamu layak mendapat setiap kebahagiaan dan kejayaan. Terima kasih untuk segalanya, Adele,” tulis Celine.
Sekadar info, persembahan di The Colosseum di Caesars Palace, Las Vegas yang dinamakan Weekends With Adele akan berakhir kelak. Penyanyi popular itu dijadualkan mengadakan persembahan terakhirnya pada hari Sabtu, 23 November 2024.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Tunggu Saya Ke Luar Negara & Berjaya, Baru Nak Sorak,” – Bakal Terbit & Arahkan Karya Sendiri, Sean Lee Berani Lampau Batas
Baru-baru ini, isu mengenai penghasilan karya-karya atau filem-filem yang menyentuh mengenai hal sensitiviti agama menjadi topik hangat dikalangan masyarakat sehingga turut mendapat perhatian pihak kerajaan.
Hal berkenaan turut mendapat respon daripada pelakon dan pengacara, Sean Lee.
Bakal menerbit dan mengarahkan karya sendiri, Sean yakin penonton masa kini sudah semakin bijak menilai dan kepercayaan mereka juga tidak akan mudah tergugat hanya kerana perbezaan daripada sudut pandang agama.
“Saya percaya para penonton masa kini sudah matang. Ramai diantara kita, ketika ini, menonton drama atau filem di platform penstriman seperti Netflix.
“Sebagai contoh, kalau kita tonton karya seram yang berkait rapat dengan agama Kristian, adakah iman mereka akan tergugat? Saya rasa tidak. Saya percaya pegangan penonton kita kuat.
“Kalau saya arahkan sesebuah karya berkaitan apa-apa agama sekalipun, saya rasa penonton kita boleh terima,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, pelakon drama Cinta Buat Dara ini mendedahkan dirinya juga tidak gentar untuk melampaui batas bagi menghasilkan karya-karya yang lebih segar.
“Berkaitan isu tapisan pula, saya rasa penonton kita okay sahaja. Pihak bertanggungjawab hanya akan bimbang jika sesuatu karya itu menimbulkan kerisauan penonton. Sebenarnya, manusia boleh berfikir dan kita mampu tapis sendiri apa yang baik dan tidak.
“Andai satu hari nanti saya menjadi pembikin filem, saya tak takut nak melampaui batas walaupun sedikit. Itu memang misi saya.
“Kalau tak buat, takkan nak tunggu saya ke luar negara dahulu dan berjaya dekat sana baru nak hargai. Sama juga isunya macam Datuk Michael Yeoh.
“Saya mahu bermula dengan langkah-langkah kecil tapi mampu beri impak,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Sean turut memaklumkan dirinya kini sedang dalam proses untuk mula menerbitkan dan mengarahkan karyanya sendiri buat kali pertama.
“Bulan puasa ini, saya memilih untuk berehat dan beri fokus kepada projek sendiri. Saya akan menerbitkan dan mengarahkan sebuah karya sendiri buat kali pertama.
“Sebelum ini, saya pernah mengarahkan sebuah filem pendek sebagai percubaan. Ia merupakan sebuah telefilem kerana saya belum cukup bajet untuk menghasilkan karya berbentuk filem.
“Saya akan adakan sesi ujibakat kerana saya mahu mencari watak utama daripada kalangan pelakon baru dan segar,” kongsinya lagi.
Karya berkenaan dijadualkan akan mula ditayangkan pada tahun hadapan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI