Nama penyanyi dangdut, Baby Shima sememangnya sentiasa menjadi perhatian netizen dek kerana konten-konten kontroversi yang dikongsi menerusi akaun media sosialnya.
Terbaharu, Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 30, sekali lagi menjadi perdebatan di kalangan warganet apabila dia berkongsi video bersama seekor anjing berwarna coklat kehitaman di hadapan sebuah bangunan dipercayai di Manila, Filipina berdasarkan tanda pagar yang ditulis penyanyi tersebut.
Dalam video tersebut, Shima hanya memegang tali yang diikat pada leher anjing itu tanpa memegang atau menyentuh binatang berkenaan.
“Siapa kacau, kena gigit dengan Baby Sugar,” tulis Shima di ruangan kapsyen Instagramnya.
Memerhati di ruang komen, rata-rata netizen mengecam tindakan Shima yang dikatakan sengaja ‘mengumpan’ warga maya untuk berkata buruk mengenai dirinya.
“Saja nak kena kecam ni.
“Meminta ini dikecam.
“Bila orang kecam, view naik. Ini saja cara nak naikkan nama. Zaman sekarang kalau nak naikkan nama, kena post benda yang jadi kecaman netizen kan,” komen netizen.
Walaupun begitu, ada juga netizen yang mempertahankan Shima yang dikatakan tidak memegang anjing tersebut sebaliknya hanya tali kolar binatang berkenaan sahaja.
“Ala, dia bukan peluk atau pegang pun anjing tu. Masih boleh dipertimbangkan.
“Pegang anjing haram, macam mana pula geng couple pegang tangan… kira macam mana ya. Pegang anjing haram tapi boleh samak. Kalau pasangan couple pegang tanngan haram boleh samak ke?,” tulis netizen.
Sebelum ini, Shima pernah dikecam kerana imej seksi, bertatu serta bergelek keterlaluan sebuah majlis keraian.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Baby Shima
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Saya Tak Ada Pilihan”. Itu kata pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi selepas membuat keputusan memotong jari kelingking kanannya demi meneruskan karier dalam sukan permotoran dua roda.
Menurut laporan Berita Harian, meski Khairul telah pun menjalani beberapa siri pembedahan bagi membetulkan struktur jarinya itu sebelum ini, namun kecederaan yang dialaminya sejak 2019 itu ternyata memberi kesan terhadap prestasi semasanya.
Oleh itu, pelumba yang terkenal dengan jolokan ‘SuperKIP’ itu terpaksa mengambil keputusan nekad apabila kecederaannya itu berulang kembali di Grand Prix (GP) Republik Czech awal bulan lalu.
“Saya okey selepas pembedahan dan jari saya daripada tahun lalu, tak boleh bengkok kerana ada skru. Saya jatuh di Brno (GP Republik Czech), jari saya retak, jadi saya tak ada pilihan bagi masa depan.
“Bagi saya, sekiranya saya mengekalkan jari ini, kalau terjatuh atau berlaku apa-apa, agak mudah untuk ia kembali patah. Apapun, saya sudah berbincang dengan pasukan sebelum membuat keputusan ini.
“Memang satu keputusan sukar untuk memotong jari saya tetapi demi masa depan, saya cuba yang terbaik bagi meningkatkan lagi keserasian ketika menunggang,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, pelumba pasukan Moto3 PETRONAS Sprinta Racing itu turut berharap agar prestasinya akan kembali pulih selepas ini.
“Seperti sebelum ini ketika jari lurus (tak boleh bengkok), saya selalu juga memikirkan sekiranya jatuh, tentunya akan ada masalah dengan jari itu. Jadi saya perlu sentiasa berhati-hati.
“Sekarang ini, saya harap tidak akan ada gangguan lagi pada jari dan saya akan berjumpa dengan doktor selepas ini untuk melihat keadaannya. Saya harap ia dapat pulih dengan cepat bagi membolehkan saya memberi tumpuan kepada latihan dan juga perlumbaan seterusnya di Misano nanti.
“Saya akan cuba yang terbaik dan ini yang terakhir bagi masalah jari dan harap selepas ini tidak ada lagi masalah untuk saya memberi tumpuan kepada perlumbaan,” katanya.
Terbaru menerusi ruangan di IG Story, Khairul ada berkongsi keadaan terkini jarinya itu selepas berjaya menjalani pembedahan lima hari yang lalu.
Malah, Khairul turut dilihat telah pun kembali menjalani aktiviti latihan ringan bersama rakan sepasukannya yang lain.
Sumber: Instagram Khairul Idham Pawi & Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Subahanallah… Syukur Alhamdulillah. Tq sayang,” tulisnya sambil mendedahkan jantina anak ketiga mereka, iaitu lelaki.
Perkongsian Jep turut mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan peminat yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah buat pasangan selebriti itu.
Untuk rekod, mereka mendirikan rumah tangga pada Februari 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3, dan Muhammad Khidir yang kini berusian lapan bulan.
Hasil perkahwinan terdahulu, Sari turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 11, dan Baasit Al Haq, 10.
Foto: Instagram Jep Sepahtu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.