Sedang diulit bahagia, usahawan Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin sering kali memuat naik foto mesra bersama jejaka yang dikenali sebagai Faiz, lengkap dengan kapsyen yang mencuit hati.
Terbaru, Joy ada mendedahkan situasi perkenalannya dengan lelaki berkenaan, yang sebenarnya bermula di alam maya.
Malah kagumi kesabaran Faiz yang dikatakan setiap hari menghantar teks peribadi menerusi Instagram selama setahun!
Ads
“Selepas setahun baru saya ‘nampak’ & balas message dia setiap hari duk tegur dlm DM Instagram ni.. bersabar betul awk ni tunggu sampai saya reply.
“Patut la org kata : barangsiapa yang bersabar, maka dia akan beruntung…,” tulisnya sambil sambut dengan pelbagai komen daripada netizen.
Malah menerusi posting terdahulu, Joy turut memberitahu bahawa ibunya ada meminta dirinya untuk segera mendirikan rumah tangga andai sudah bertemu dengan lelaki yang serasi.
Pasangan pelakon sama cantik sama padan, Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah antara pasangan selebriti yang sering mendapat perhatian peminat.
Azwan atau nama sebenarnya Mohamad Al-Azwan Kombos ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Azwan telah mengimbau kembali kenangan ketika dia melangsungkan majlis pernikahan bersama isteri tercinta.
Di samping itu, bintang filem Juvana 3 itu sempat menitipkan kata-kata ucapan yang sangat romatis kepada Ezzaty dalam rakaman video tersebut.
“Happy anniversary to my wife untuk tahun yg ke-3. Semoga tahun2 ini akan sentiasa bertambah di masa2 akan datang.
“Sorry tahun ni xda hadiah best2 pun, job tak kencang sgt, in shaa Allah tahun depan i kasi 2 hadiah sekaligus. Love you @ezzatyabdullah #aeffection,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat juga turut memberikan kata-kata ucapan kepada pasangan romatis ini.
Terdahulu, Azwan telah sah bergelar suami kepada Ezzaty pada 16 Julai 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dahlia pada 7 Disember 2017.
Projek Video Kenegaraan Bersama Selebriti dan Media terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sempena meraikan Hari Kemerdekaan Ke-63 telah dijayakan.
Melalui program ini, dua video berunsur kenegaraan dan patriotik dihasilkan berteraskan kepada dua lagu ciptaan baharu. Single berkenaan, Janji Merdeka ciptaan Datuk DJ Dave dan lirik oleh Pui Tiong Gee. Satu lagu lagi berjudul Genderang Cinta, karya Asfan Shah dan lirik KuAlong.
Lagu Janji Merdeka membabitkan penampilan penyanyi legenda dan superstar iaitu Datuk DJ Dave, Datuk Awie, Ella, Siti Nordiana dan Siti Sarah Raissuddin.
Manakala, lagu Genderang Cinta membabitkan penampilan penyanyi BBNU seperti Wany Hasrita, Aiman Tino, Afieq Shazwan, Luqman Faiz, Neeta dan Asfan Shah.
Kedua-dua video muzik di bawah arahan Izuan Mokhtar dan dihasilkan atas inisiatif memupuk semangat cintakan tanah air melalui perpaduan bangsa.
“Janji Merdeka adalah luahan kasih sayang terhadap negara yang kita cintai ini. Sejauh mana kita berjalan dan berjaya, Malaysia tetap satu-satunya negara tempat kita berpijak dan berpulang.
“Lagu ini menyuntik semangat dan rasa terima kasih yang tinggi terhadap negara bangsa melalui perjuangan kemerdekaan yang telah digapai oleh nenek moyang kita terdahulu.
“Merdeka itu bukan sekadar laungan, sebaliknya memerlukan penghayatan dari seluruh jiwa kepada tempat dimana kita dilahirkan, dibesarkan dan membina seluruh kehidupan,” kata DJ Dave yang mengambil masa sekitar seminggu menyiapkan karya baharu itu.
DJ Dave turut melahirkan rasa terharu dan bertuah dapat menyumbang suara dalam lagu dan muzik video kenegaraan terbitan FINAS ini.
Ini merupakan inisiatif kerajaan melalui FINAS dalam meraikan sambutan bulan kebangsaan ke-63 serta menyemai semangat mencintai tanah air tercinta.
Sementara itu, Asfan Shah yang juga komposer muda prolifik pula menganggap peluang yang diberikan oleh FINAS sebagai sesuatu yang bermakna dalam kerjayanya.
“Peluang mencipta sebuah lagu berunsur patriotik kenegaraan begini tidak selalu hadir. Saya sangat teruja berkolaborasi dengan artis baharu dan lama dalam projek kenegaraan ini,” jelas Asfan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Datin Almy Nadia meluahkan rasa terharu dan syukur atas sikap suami, Datuk Fizz Fairuz yang setia di sisinya sepanjang proses bersalin cahaya mata keempat mereka.
Kongsi Almy di Instagram, dia menyifatkan Fizz sebagai suami yang baik kerana banyak membantu dirinya sepanjang fasa kehamilan.
Malah jelasnya lagi, komitmen itu sudah dilakukan sejak melahirkan cahaya mata yang pertama.
“Sayang @fizzfairuzofficial terima kasih sayang sebab berada dengan mama sepanjang kelahiran anak kita dari anak pertama sampai keempat.
“Sayang sentiasa ada dengan mama dalam bilik bersalin, dari check in sampailah beranak settle, sayang tetap ada di sisi mama.
“Terima kasih sayang sebab teman mama dalam bilik bersalin, sambil urut kaki sampai tutup muka ngan mask sebab dah ngantok, Thank you love,” tulisnya.
Sekadar informasi, Almy mendirikan rumah tangga bersama Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin pada 26 April 2014.
Pasangan ini turut dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Almy Nadia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!